ada hikmahnya
Sabarlah kepadanya setiap ujian ada pengajaran
Tenangkan hati dengan bertawakkal kepada-Nya
Serahkan diri kepada Tuhan yang mengurus kita
Setiap nikmat bersyukurlah kepada-Nya
Tuhan akan tambah lagi nikmat itu
Agih-agihkanlah nikmat itu kepada manusia
Agar terjalin kasih sayang sesama manusia
Apabila membuat dosa meminta ampunlah kepada Tuhan
Tuhan suka orang yang meminta ampun
Orang yang bertaubat macam orang tidak berdosa
Terbuat lagi jangan lupa bertaubat lagi
Cintailah Tuhan kerana Dia pengasih,
penyayang kepada manusia
Takutilah Tuhan kerana Dia menghukum segala kesalahan
Beramal baktilah untuk dibawa ke Akhirat
Kerana Akhirat tempat kesudahan
Jangan sampai miskin papa di Akhirat
Di sana tidak ada siapa yang menolongnya
Siapa papa di Akhirat Nerakalah padahnya
Menyesal tidak berkesudahan tidak ada gunanya
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
..and start SHARING now !
No comments:
Post a Comment