Follow - Menu | G+1 | fb fan page | nuffnang | amung | Says.my


Thursday, June 28, 2012

REDHALAH KEPADA TUHAN

Redhalah kepada Tuhan apa yang ditimpa kepada kita
ada hikmahnya
Sabarlah kepadanya setiap ujian ada pengajaran
Tenangkan hati dengan bertawakkal kepada-Nya
Serahkan diri kepada Tuhan yang mengurus kita
Setiap nikmat bersyukurlah kepada-Nya
Tuhan akan tambah lagi nikmat itu
Agih-agihkanlah nikmat itu kepada manusia
Agar terjalin kasih sayang sesama manusia
Apabila membuat dosa meminta ampunlah kepada Tuhan
Tuhan suka orang yang meminta ampun
Orang yang bertaubat macam orang tidak berdosa
Terbuat lagi jangan lupa bertaubat lagi
Cintailah Tuhan kerana Dia pengasih,
penyayang kepada manusia
Takutilah Tuhan kerana Dia menghukum segala kesalahan
Beramal baktilah untuk dibawa ke Akhirat
Kerana Akhirat tempat kesudahan
Jangan sampai miskin papa di Akhirat
Di sana tidak ada siapa yang menolongnya
Siapa papa di Akhirat Nerakalah padahnya
Menyesal tidak berkesudahan tidak ada gunanya
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Wednesday, June 13, 2012

PEMUDA DAN HAWA NAFSU

Seorang pemuda datang kepada seorang alim dan berkata, "Saya seorang lelaki yang mempunyai hawa nafsu yang kuat.Saya tidak dapat menahan diri dan mata dari melihat orang orang yang lalu lalang di bazaar atau pasar. Apa perlu saya lakukan untuk menahan diri saya ?"

Orang alim itu memberikannya secawan penuh air susu dan mengarahkannya untuk menghantar ke satu alamat dengan syarat dia tidak boleh menumpahkan air susu tersebut walau sedikitpun.Dia akan ditemani seseorang untuk mengawasinya dan jika ia menumpahkan air susu tersebut maka dia akan dipukul dengan kuat.

Akhirnya pemuda tersebut berjaya menghantar air susu itu ke tempat yang diarahkan tanpa tumpah walau sedikitpun. Orang alim bertanya kepadanya," Seperti apa dan siapakah yang kamu lihat sepanjang perjalananmu tadi ?"

Pemuda menjawab," Saya tidak sedarpun apa apa yang berlaku di sekeliling saya sebab saya asyik memberi tumpuan kepada air susu yang saya bawa,takut ia tertumpah dan saya pasti malu jika dipukul di khalayak ramai."

Orang alim pun berkata," Situasi yang sedang kamu hadapi samalah seperti keadaan orang yang beriman.Orang beriman bimbang Allah akan menghinanya di hadapan ramai orang pada hari kiamat, jika imannya itu tersimpan kukuh di hatinya."

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Sunday, June 3, 2012

BAGAIMANA BAHAGIA DENGAN MASALAH

Ada masalah di dalam kehidupan bukanlah satu masalah.
Masalah memang sudah menjadi sunnatullah di dalam kehidupan di kalangan insan.
Yang menjadi masalah bukan masalah itu,
yang menjadi masalah orang tidak tahu peranan Tuhan.
Tidak kenal Tuhan dan peranan-Nya
itulah yang sebenarnya masalah.

Jadi sudah jadi dua masalah; yang bukan masalah jadi masalah,
yang masalah memanglah masalah.
Apabila tidak kenal peranan Tuhan masalah itu memanglah jadi masalah, dua kali masalah

Kalaulah masalah itu adalah jadi masalah,
kekasih Tuhan tidak akan ditimpakan masalah.
Kalaulah masalah itu adalah masalah,
Rasul, Nabi Tuhan tidak akan timpakan mereka masalah.
Tapi Tuhan datangkan berbagai-bagai masalah kepada kekasih-Nya,
Tuhan tahu pada mereka bukan masalah.
Kerana itulah mereka ditimpakan masalah.
pada mereka masalah itu adalah ibadah.
Masalah itu adalah pahala dan Syurga.
Masalah itu adalah kecintaan dan keredhaan Allah.
Kerana itulah masalah itu mereka tidak jadikan masalah.
Bahkan mereka rasa bahagia dengan masalah.
Dengan masalah rasa kehambaan mereka bertambah.
Rasa kehambaan itu adalah ibadah kepada mereka,
pangkat dan darjat di dalam Syurga.
Oleh itu Tuhan sering sahaja menambahkan mereka itu dengan berbagai-bagai masalah.
Tuhan bertambah cinta kepada mereka dengan masalah,
yang mereka anggap bukan masalah tapi ibadah.
Maha Suci Tuhan menyeksa kekasih-kekasih-Nya.

Orang yang bodoh sahaja yang tidak faham kerja-kerja Allah.
Pada Tuhan masalah yang ditimpakan kepada kekasih-kekasih-Nya bukanlah masalah.
Kerana itulah Tuhan biarkan sahaja mereka bermasalah.
Dengan masalah-masalah itulah mereka mendapat ketinggian darjat di dalam Syurga.
Sungguh pelik kerja Tuhan, payah hendak difaham oleh orang biasa.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Next Previous HOME

UPDATE HISTORY


! UPDATE (Wednesday, 6th July 2011) :
" you can easily visit my blogspot via this URL ( http://abszeen.co.cc ) ,
or from any mobile devices via this URL ( http://abszeen.co.cc/m ) , thank you.."

Hi!, my name Ella Koon. Click me anytime to bring you back at the top of the page.