Follow - Menu | G+1 | fb fan page | nuffnang | amung | Says.my


Sunday, May 6, 2012

Windows SkyDrive : Web Browser Bagaikan Remote Desktop & Share Folder


Salah satu sebab mengapa pengguna dan termasuk aku sendiri akan mungkin lebih memilih untuk menggunakan Windows SkyDrive secara lebih kerap selepas ini , dimana terdapat satu fungsi menarik yang belum terdapat pada mana-mana Cloud Storage buat masa ini. Gambar tertera diatas adalah SkyDrive folder menerusi laman web SkyDrive.com yang menunjukkan kesemua local folder yang terdapat di dalam remote computer yang telah di pasang dan disambungkan dengan aplikasi Windows SkyDrive, ia seakan-akan kelihatan seperti ftp browser dan share folder di pejabat. Pada panel sebelah kiri  menunjukkan senarai komputer atau device yang currently telah connect dengan akaun Windows SkyDrive kita.


Cuma buat masa ini SkyDrive dikatakan fungsi sync tersebut hanya boleh digunakan untuk Windows , Mac , peranti Windows Phone , iPhone and iPad. Aplikasi untuk peranti Android hanya sekadar sebagai browser untuk mengakses data dalam SkyDrive. Manakala untuk peranti BlackBerry pula masih tiada aplikasi yang dibangunkan khas untuknya, pengguna BlackBerry sekadar boleh mengakses data menerusi http://skydrive.com dari peranti tersebut.


Kelebihan yang terdapat pada Widnows SkyDrive berbanding yang lain adalah mungkin pada saiz storage percuma yang ditawarkan untuk setiap pengguna iaitu sebanyak 25GB. Saiz percuma untuk Google Drive pula adalah sebanyak 5GB dan Dropbox 2.5GB.


Difahamkan Dropbox memegang tahta sebagai servis Cloud & fungsi Sync yang hampir sempurna buat kesemua jenis komputer , tablet dan smartphone termasuk BlackBerry. Bagaimanapun sama-sama kita saksikan persaingan sihat antara penyedia servis Cloud ini untuk kemudahan dan kesenangan kepada semua pengguna dimasa akan datang.

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

No comments:

Next Previous HOME

UPDATE HISTORY


! UPDATE (Wednesday, 6th July 2011) :
" you can easily visit my blogspot via this URL ( http://abszeen.co.cc ) ,
or from any mobile devices via this URL ( http://abszeen.co.cc/m ) , thank you.."

Hi!, my name Ella Koon. Click me anytime to bring you back at the top of the page.