Follow - Menu | G+1 | fb fan page | nuffnang | amung | Says.my


Wednesday, April 25, 2012

10 Sebab Terastas Kita Kurang Disenangi Oleh Orang Sekeliling Dalam Diam

10. Menanam Tebu Ditepi Bibir
Cakap je lebihh... habok pun tarakk! alahh macam janji-janji kosong lahh, tak pun macam janji-janji tersasar atau dah tamat tempoh matang.. ahaksss!!


9. Talam Dua Muka & Muka Tembok

Aku tak pernah jumpe! korang ade jumpe? macamner betuk dan rupenyerr?? bagi tahu aku sekarang kat mana dia cepat?! mari sini aku nak buat muzium gantung depan kandang lembu hahaha~ memang dasar tak tahu malu.. lepas tu buat muka slumber tak bersalah.. kadang-kadang boleh nampak dia macam bajet tahu semua benda je orang macam ni, hahaha~


8. Cakap Tak Serupa Bikin
Yang ini macam ketuk tin kosong, bunyi sangat kuat tapi isi tadakkk.. dalam loghat tamil berbunyi begini... "yelek!" "yennadeiii" hahaha!!!


7. Seperti Ketam Mengajar Anak Berjalan Lurus
Ini satu hal... diri sendiri tak betul lepas tu sibuk nak betulkan orang...yang anak-anak ketam ni pulak sibuk mengikut jerr... hehe


6. Mungkir Janji
Semua orang tak suka sikap mungkir janji ni even perompak pun bengang kalau kene tipu dan janji tak ditepati dengan geng perompak lain, silap haribulan kene sedas tembakan kat tengah-tengah tengkorak kepala terus.


5. Tak Ikhlasan, Tak Menghargai & Tiada Sikap Berterima Kasih

Kalau diminta pertolongan, pasti ada saje alasan...walaupun tetap menunaikannya, yang pasti tetap dalam keadaan yang terpaksa. Sebaliknya pula, bila diberi pertolongan, amat berat sekali lidah untuk mengucapkan terima kasih, jika diucapkan sekalipun..orang zaman sekarang bukan seperti dulu tidak tahu untuk menilai dan membezakan...kerap berterima kasih atas lisan mahupun pertuturan dengan tangan yang kosong dan tangan berisi, merupakan suatu perbezaan "berterima kasih" yang amat ketara.


4. Kelam Kabut, Menggelupur, Menggelabah, Kepoh, Kecoh, Panas Baran Tak Tentu Pasal & Yang Sama Waktu Dengannya
Yang ini tak perlu terangkan maksudnye... semua orang tak suka dengan sikap orang yang suka melulu ni.... macam memandu ditempat awam dengan melulu dan merbahaya. Sikap sebegini boleh mendatangkan bahaya dan menyusahkan semua pihak.


3. Umpama Melepaskan Batok Di Tangga
"Sebenarnya ramai yang menyalahgunakan peribahasa ini. Sebenarnya bukan melepaskan batuk tetapi batok. Disebabkan perubahan ejaan batok ini kepada batok menjadikan ramai golongan muda tidak tahu apa sebenarnya batok yang dimaksudkan dalam peribahasa ini.
Batok yang dimaksudkan bukanlah batuk “uhuk..uhuk” seperti yang kita sakit itu. Batok ini ialah penyedok air yang diperbuat daripada tempurung yang digunakan pada zaman dulu-dulu di rumah atok nenek kita untuk menyedok air didalam tempayang untuk basuh kaki.
Selepas kita gunakan sepatutnya diletak semula didalam tempayang atau di atas penutup tempayang bukannya di atas tangga macam tu je." -Credit to selangor2u.com

Sikap lepas tangan ini selalu berlaku, tak kiralah dalam family ke, diluar, mahupun bersama teman-teman, dan yang paling kerap adalah ditempat kerja, kat mana saja mesti ade je individu jenis ini dalam membuat sesuatu perkara yang di anggap tidak penting.

Malang sekali, orang disekeliling pula akan terpaksa menanunggung kerja-kerjanya yang tidak sempurna atau hanya amek syarat atau dengan kata lain membuat kerja tidak bersungguh-sungguh dan terpaksa mengambil alih tugas tersebut bagi menyempurnakannya.

Kesimpulannya, tiada sesiapa pun hidup dalam dunia ini suka diberikan kerja separuh jalan untuk disempurnakan, kadang-kadang bila dah selesai ada pula orang lain yang dapat nama.



2. Pentingkan Diri / Kaum Sendiri
Sifat keterbukaan minda dalam diri agak sempit walau bebas berkawan dengan sesiapapun, dalam fikiran sentiasa memikirkan benefit, for long terms, condition, opportunity, priority dan kepentingan diri atau kaum sendiri terdahulu sebelum membuat keputusan. Sukar untuk bertolak ansur bagi menerima pandangan orang lain yang lebih berpengalaman, baginya segala-gala perancangan itu memerlukan hasil terperinci teori dan logik akal semata-mata.

Malang sekali, perkara yang mudah akan menjadi sukar dan semakin menjadi rumit, yang lebih parah apabila ia bakal menyusahkan ramai pihak, maka orang disekeliling terpaksa akur dengan segala ragam, karenah dan idea-nya.

Kesimpulannya, orang disekeliling terutama bawahan akan menjadi mangsa dan teraniaya...


1. Cakap Benda Yang Sama
Biasa orang gila akan mengulangi perbuatan dan pertuturan yang sama sepanjang masa setiap hari, tapi disebaliknya terdapat pula orang yang kurang siuman tetapi zahirnya kelihatan waras dan mampu menjalankan kehidupan biasa seperti orang lain.. haa?? macam mana tu?  Itulah jenis orang yang Jiwanya Sakit..kalau 2 -3 tahun yang lalu kita bersemuka dengannya, asyik menceritakan sesuatu perkara.. kini bertemu kembali kekal kembali menceritakan benda yang sama, jalan cerita mungkin berubah, tetapi point dan segala isi-isinya tetap ke-arah yang sama. Bagaikan orang yang sukar menerima realiti kehidupan, sukar baginya untuk menerima hakikat bahawa masa dan kisah silamnyanya sudah berlalu.

Malang sekali, orang disekeliling akan menjadi muak dan membisukan diri walau terpaksa menjadi pendengar/pengikut setianya.

Kesimpulannya, orang Sakit Jiwa sentiasa berkata benda yang sama sambil meniru cara dan gaya orang lain..tapi orang Jiwanya Sakit ini sentiasa akan berkata dan memikirkan perkara yang sama sama-ada ianya negatif mahupun positif, rajin mencungkil perkara yang telah jauh meninggalkannya bagi menghiburkan diri, sibuk memikir tentang/kelakuan orang lain dan selalu rasa ketidak ketenteraman dalam dirinya sendiri.


Last but not least, I put Cakap benda yang sama as number one, mean...ia merangkumi kesemua sebab-sebab yang ada dalam page ini.. yes! benar sekali, itu yang sebenarnya aku ingin sampaikan..orang jika Jiwanya Sakit, ia akan terus melarat dan melarat sampai ke suatu tahap ia sukar untuk diperbaiki dan tidah boleh diperbaiki sampai bila-bila.

Sepertimana sabda Nabi, bahawa umur 40 tahun adalah umur kritikal seseorang dan jika tidak ada perubahan ke arah melaksanakan ketaatan kepada Allah maka bersiap sedialah tempat kamu di Neraka.

Sekian..





"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Sunday, April 8, 2012

BBM 6.2.0.33 (Beta)



Download it from : http://www.blackberry.com/beta

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Saturday, April 7, 2012

Yeay! Finally.. Facebook for BB 3.0 with BBM integrated :D






for more info, visit www.blackberry.com/beta

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Next Previous HOME

UPDATE HISTORY


! UPDATE (Wednesday, 6th July 2011) :
" you can easily visit my blogspot via this URL ( http://abszeen.co.cc ) ,
or from any mobile devices via this URL ( http://abszeen.co.cc/m ) , thank you.."

Hi!, my name Ella Koon. Click me anytime to bring you back at the top of the page.