Follow - Menu | G+1 | fb fan page | nuffnang | amung | Says.my


Tuesday, March 27, 2012

Work , Home & Life = nak kemana kita??

Wah tajuk... kemain lagi! macam nak buat buku motivation...heh!.. actually aku rasa agak lame sangat tak masuk ruang http://draft.blogger.com semenjak fokus pada kerjaya...last pun update blog bulan Oktober tahun lepas! ahaha.. maklumla baru nak menyesuaikan diri dengan tempat baru, lagi-lagi yang seiring dengan pengajian, pengalaman dan minat aku sejak dulu. Now bila dah jumpe rentak, boleh la kot selitkan sikit-sikit tulis blog ni.



Heh!.. selama aku kerja sebelum ni memang aku fokus pada kerja jer memanjang.. ikut sajer rentak budak-budak opis aku, keluar awal pagi dan balik tengah lewat malam tiap-tiap hari sepangjang hampir 5 bulan, wow! macam tak percaye sekarang aku sendiri yang lakukan!.. sebab kalau dulu aku memang sindir habis kawan-kawan aku yang sibuk sangat dengan kerjaya 24/7 ni..tapi nak kata kayanya, tak kaya kaya pun, blanje membe makan sekali sekala pun payah apetah lagi! haha bajet syarikat sendiri or bapak sendiri punya kompeni ke ape?.. now aku sendiri rasakan plaks! haha padan muka aku beb!...ape yang aku dapat beb? haha extra money jela... nak kata boleh kaya tu memang pentipu la hahaha..


Well.. bagi aku semua orang bekerja boleh memilih tujuan dan hala tuju masing-masing...  mencari rezeki, menyara hidup, mencari pengalaman, mengisi masa lapang?(heh! kerja macam ni pun ade beb?), sebagai tugas dan tanggung jawab yang perlu dipikul dan bermacam-macam lagi hasrat masing-masing. Ada yang buat kerja kurang dari waktu masa bekerja dari biasa (part time job), ada yang bekerja lebih masa (overtime), ada yang hanya mahu bekerja ikut masa yang telah ditetapkan macam Office Hour, Retail Hour, Shift dan sebagainya..


Dalam kehidupan ini, setiap manusia punyai hak, cabang, pilihan dan tetapan untuk diri masing-masing.. ia saling bergantung dan bersangkut-paut dengan keadaan dan persekitaran diri mereka. Setiap individu mempunyai tahap atau kemampuan diri yang berbeza-beza. Ada orang bagus dari segi perbualan (PR gempak), ada orang bagus dalam perbuatan, bagus dalam hasil kerja, bagus dalam memerhati dan menilai kerja orang lain, dan ada juga orang yang hanya pandai mengambil hati semua orang dan bermacam-macam lagi ragam, karenah dan tingkah laku individu... dari yang sudah ready memang dah ade dia punye confident sampailah yang ke overconfident. Masing-masing membawa watak masing-masing dalam keluarga, bersama kawan-kawan, dalam kerjaya dan sesama manusia lain dalam kehidupan ini..




Setiap kebaikan itu pasti ada keburukan, begitu juga dengan setiap perkara yang buruk itu.. pasti juga ada kebaikan dan hikmah disebaliknya.. Jika ada orang bertanya aku, manusia jenis manakah aku ini sebenarnye? sudah pasti aku pun tak mampu untuk nilai diri sendiri, apatah lagi untuk menilai orang lain...tapi aku akan jawab aku ini merupakan seorang yang sukakan sesuatu cabaran paling extreme dalam kehidupan!, aku suka pada kreativiti, aku suka mencari ilmu dari pelbagai sudut!, aku suka akan sesuatu yang boleh memberikan motivasi pada diri sendiri dan sentiasa mahukan cabaran yang lebih besar bagi mencabar kemampuan diri kerana cabaran-cabaran besar sebelum ini sudah pun berada dalam genggamanku, dalam diari, pengalaman dan memori hidupku yang lalu.... erti kata lain, aku tak pernah walau sedikitpun untuk meletakkan sebarang had dalam kehidupan aku, selagi ianya masih tidak melanggar mana-mana hukum dalam agama untuk aku hadapi dengan pelbagai lagi cabaran yang jauh lebih besar kelak!..



Bagiku, kemana saja hala tuju yang kita lakukan, sudah pasti tuhan telah meletakkan satu cabaran yang bakal kita hadapi kelak, sama ada kita dalam keadaan bersedia, separa sedia atau langsung tidak bersedia, cabaran itu tatap akan datang dalam kehidupan kita... Akhir kata, kehidupan ini harus diteruskan walau apa jua rintangan besar yang mendatang kerana manusia diciptakan untuk diuji dengan pelbagai jenis ujian, halangan dan kesukaran dalam kehidupan.. kemana saja halu tuju manusia itu, semuanya hanya akan berdepan dengan satu destinasi...iaitu hala tuju untu membawa bekalan diri bagi mengadap tuhan pencipta manusia dan sekalian alam, Allah S.w.t. yang maha esa, maha kuasa dan lagi maha bijaksana... InsyaAllah..

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

No comments:

Next Previous HOME

UPDATE HISTORY


! UPDATE (Wednesday, 6th July 2011) :
" you can easily visit my blogspot via this URL ( http://abszeen.co.cc ) ,
or from any mobile devices via this URL ( http://abszeen.co.cc/m ) , thank you.."

Hi!, my name Ella Koon. Click me anytime to bring you back at the top of the page.