Follow - Menu | G+1 | fb fan page | nuffnang | amung | Says.my


Saturday, August 6, 2011

[Full Review] Tune Talk BlackBerry Prepaid


First of all, I'd like to thanks to all readers. even you ols baca tanpa meninggalkan sebarang komen pada entri-entri aku sebelum ni, I don't mind.. but if there's any question, don't be shy, you can ask me by leaving your comment below. I will reply you as I can. And kat sini aku nak ucapkan very-very BIG thanks to all of u because u ols klik 'Like' button pada entri sebelum ini [Tune Talk Mobile Prepaid: BlackBerry Punya Pasal - Once you go BLACK, you never go BACK!]. Itu tanda korang support aku. I really appreciate it! :-)

Okay.. so ape yang special sangat pada Tune Talk ni? sampai aku buat 2 kali review?

Plan Prabayar BlackBerry lain tak bagus ke? atau dalam banyak-banyak service provider, Tune Talk ni adalah yang terbaik untuk prepaid??

Sukar untuk aku buat kenyataan sebenarnya, sebab masing-masing ada kelebihan tersendiri. Aku tak suggest u ols semua bertukar kepada Tune Talk, malah aku tak dibayar pun oleh pihak Tune Talk untuk tulis review ni. Aku buat benda ni semua atas suka rela, sebab aku tengah cuba meng'experiment'kan sendiri pengalaman aku selama menggunakan produk Tune Talk ni.

Kebetulan baru-baru ni kecoh pasal Maxis menamatkan plan prabayar yang dipercayai adalah plan termurah dan berbaloi bagi gologngan student iaitu serendah RM20 sebulan (Monthly BIS Bonus RM20) berbanding pakej servis provider lain tawarkan. Tapi baru-baru ini pula mereka telah berubah fikiran dengan menyambung semula plan tersebut atas ketidak puasan hati orang ramai, terutama golongan-golongan student. for sure mereka memilih plan yang boleh berjimat cermat.



Baik, seperti yang dijanjikan, di sini aku nak menceritakan dari A sampai Z tentang pengalaman aku menggunakan perkhidmatan Tune Talk :
*sila ambil bantal dan tilam sebelum teruskan membaca, huahuahua~


1.Starter-Pack Tune Talk


Perghh!!! Azab gila nak cari starter-pack dia nih!! aku hampir-hampir putus asa dibuatnya untuk dapatkan sebab aku pusing satu Sungai Buloh, masuk dalam shopping mall Komplek Sungai Buloh (The Store), dan semua pelusuk kedai-kedai lot yang ada jual topup dan starter-pack, memang tak jumpa starter-pack Tune Talk ni!! Dah lah aku ngadap jem dan tempuh beberapa lampu trafik sepanjang jalan, pastu cari tempat parking lak satu hal.

Pergi-pergi bila aku tanya ,"bos! kasi starter-pack Tune Talk", dengan slumber moka toye dia je geleng2 kepala, bukan nak kata "tak ada" ke ape. bingai... haha panas haku dibuatnye!.. hampir bepuluh-puluh kedai la aku masuk dah macam orang mintak sedekah.

Hanya 9% mengatakan "tak ada" , lagi 90% bisu hanya geleng2 kepala dan 1% jer yang explain kat aku kat mana nak dapatkannya, itupun dia bagi info tak tepat. Memang cara peniaga kedai hand phone kat kawasan Sungai Buloh ni macam ni ker? dah macam memboikot Tune Talk pun ade.

So, aku benar-benar putus asa sebab dah masuk 2 hari aku pergi cari starter-pack kat kawasan Sungai Buloh yang agak pesat ni tak jumpa-jumpa gaks...

Masa aku otw balik rumah, terfikir juga nak tanya kat kedai-kedai hp kat kawasan rumah aku tu je... try jelah mana tau ada... tanya sana tanya sini, hurmm semua pun tak ada. last2 aku dah sampai depan rumah pun.. tibe2 lak aku terfikir kat kedai belakai rumah aku, kot2 dia ada ke. then aku pergi lah........ perrghh!!! ada jual kat sini siot!! Alhamdulillah!! "memang ada ye pakcik?", "ye ada, nak berapa?" tanya pakcik tu!! hahaha~ tak sia-sia aku tak jadi putus harapan untuk mencari! kalau korang mesti dah malas nak cari lagi kan? haha...

Ni gambar kedai tu, betul2 kat belakang rumah aku jer... jalan kaki sikit dah sampai, haha adoi la!

Nampak ada tulis Tune Talk terus cepat2 tanya.. "Pakcik! saya nak beli ini!" haha

*Starter-pack beharga :
RM5.00
dan isi dalamnya : RM2.00



2.Cara Mendaftar

Kesian aku, dah la susah nak cari starter-pack ni, lepastu pakcik yang jual ni just jual macam tu jer kat aku.. macam beli ais krim. "nak berapa?" haha.. so aku kene daftar sendiri gamaknya.

So, hasil dari sumber maklumat dalam laman web www.tunetalk.com itu sendiri, berikut adalah cara-cara untuk mendaftarkan sim tersebut atas nama korang melalui emel :


1. Ambil gambar I/C depan belakang dengan jelas
2. Ambil gambar depan Starter Pack Tune Talk dengan jelas
3. Tuliskan maklumat peribadi seperti: Nama penuh, Nombor I/C, No. Telefon dan No. Siri


Contoh seperti ini :

to: customer.care@tunetalk.com
subject : Starter-pack Registration








Name: NAMA PENUH IKUT I/C
I/C No.: NOMBOR I/C

(Starter-pack) Mobile No.: NO. STATER-PACK (EX:010-XXXXXXX)
Sim Serial Number: LIHAT KAT BELAKANG SIM KAD (TERTERA - S/N: XXXXXXXXXX)

Thank you.


Kemudian hantarkan ke : customer.care@tunetalk.com | sama ada melalui emel atau mms pun boleh jugak rasanya tapi gambar dalam MMS mestilah jelas! Proses mendaftar ni akan mengambil masa sehingga 24jam.

So, dalam masa menunggu sim tersebut diaktifkan dan juga sebelum mengaktifkan BIS atau BIM plan, off kan 'Data Services' terlebih dahulu bagi mengelakkan kredit korang berkurangan dengan tiba-tiba.

Setting: Options > Mobile Network > Data Services (Off / On)



3.Cara Mengaktifkan BIS / BIM + IM Plan

Cara untuk mengaktifkan, senang jer...
Mudah seperti berikut :

Description Type: Send it to:
To activate daily BIS subscription - RM 0.98
(Untuk mengaktifkan langganan BIS harian)
BIS D 2222
To activate monthly BIS subscription - RM 28.00
(Untuk mengaktifkan langganan BIS bulanan)
BIS M 2222
To activate daily BBM + IM subscription - RM 0.38
(Untuk mengaktifkan langganan harian BBM + IM)
BIM D 2222
To activate monthly BBM + IM subscription - RM 11.00
(Untuk mengaktifkan langganan bulanan BBM + IM)            
BIM M 2222
To un-subscribe BlackBerry service
(Untuk membatalkan langganan perkhidmatan BlackBerry)
STOP 2222
To check your subscription status
(Untuk menyemak status langganan anda)
STATUS 2222
Get info / help on BlackBerry
(Dapatkan info / bantuan tentang BlackBerry)
HELP 2222

*Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM0.10 (Sepuloh Sen)



4.Cara Menghubungi Personal Care Line Tune Talk

Aku suka dengan pelbagai cara alternatif yang Tune Talk sediakan bagi memudahkan para pelanggannya terus menghubungi Personal Care Line mereka :

1. Melalui Live Chat


Untuk mencuba live chat bersama personal care line Tune Talk seperti yang tertera dalam laman web mereka, klik di sini : Lives Support

3. Voice Assist Service
Bila-bila masa korang boleh dail 13100 atau 03-79490000 untuk mengakses ke perkhidmatan Suara Automatik mereka, di mana korang akan mendapat maklumat mengenai akaun korang atau pelbagai aspek - dari Semakan Baki Top-Ups, serta jawapan kepada 5 soalan yang kerap ditanya.

Tapi semua panggilan untuk khidmat pelanggan mereka ini akan dikenakan caj mengikut kadar panggilan tempatan.

2. Emel
Jika korang ingin mengemukakan soalan yang perlu dijawab kemudian, boleh diajukan melalui emel : customer.care@tunetalk.com

3. BlackBerry Pin (Peer-to-peer)
Cara yang ini amat mudah dan pantas untuk berinteraksi dengan personal care line mereka, korang boleh menghubungi salah seorang pegawai khidmat pelanggan mereka:
Mr. Pavan : BlackBerry Pin - 2769F6E3

Klik disini untuk maklumat lanjut bagi menghubungi mereka.



5.[Bukti] Cara Personal Careline Tune Talk Menyelesaikan Masalah Pelanggan Mereka

Berikut adalah conversation antara aku dengan salah seorang pegawai khidmat pelanggan mereka, melalui BlackBerry Peer-to-peer Pin :

TuneTalk Care line: "HI, I am Pavan from TuneTalk, Can you try to configure Email once again?"

ME: "Hi Pavan, Yea, I still facing the same problem which I cannot configure to email setting. The massage displayed "Cannot continue" when I start email setup wizard. So, what I have to do? Thanks."

TuneTalk Care line: "Ok, I resend the config, can you pull out the battery and put it back. Then retry"

After I reboot my blackberry... and I try to do again like what he said,
the same message appear:



Then I text him back:


ME: "Hi, Already retry, still cannot go thru get configured. The massage sounds like this " There wan an error trying to access the service. Please try again. Contact Vodafone Celcom at +603 36308888 or careline@celcom.com.my " May I know, what is the main problem actually?? Others thing like BBM and IM Apps, or even web browsing is work fine. Thank you."

TuneTalk Care line: "Seems like you phone is still connected to Celcom network. Can you erase the handheld by doing security wipe and try it out?"

ME: "Oh no, I don't think so this will resolve the problem. Actually my area only got Maxis and Celcom coverage line. I think, you mean the mail service is only provide under TuneTalk coverage signal right?"

Just wondering how he can answer me after this! hahaha~ :D
Then he reply me:

TuneTalk Care line: "TuneTalk and Celcom has same coverage Bro."

TuneTalk Care line: "What I'd you want to configure for email?"

Aku dah agak dah! hahahaha~
He send me message twice but I don't respond him because I try to act like I'm not that satisfied with the answer, it's sounds so annoying to the customer! haha! :D

Then few minutes later.... He call me , this time he ask me to give my vendor ID by pressing ALT+SHIFT+H key from my blackberry.



Then I text him this:

ME: "My vendor ID is: 609"

After few minutes later I received this message:

Jgn nak zoom-in to stalk my information sgt okeh? haha
Then he call me to explain what I should do for the next step...seriously this time I don't get what he said! bahasa English slang Indian dia sumpah! aku tak dapat tangkap kecuali tentang User name and Password!!

Then I request to call him back later. but aku tak call pun, just text dia jerr.... hahaha~


ME: "Hi, As per our tele conversation, is this correct for my tunetalk mail?, user name: ********* and Password: ******* ??"

TuneTalk Care line: "Yes, Try from the device. If it doesn't work, then You need to go http://tunetalk.blackberry.com and enter these details. Then there will be acceptance thing, agree then u can add email account there."

ME: "Thanks so much!"
Setelah reboot sekali lagi blackberry ni, sekarang dah boleh pergi ke login page untuk tetapan email setting:



And now, blackberry aku dah ready untuk menghantar dan menerima emel seperti biasa.



Berikut adalah hasilnya :



Akses emel setting pada bila-bila masa di : www.tunetalk.blackberry.com




Note: This BB Pin conversation take within 1 hour only to finish!! I think the customer service currently very professional in this time... hey! its prepaid you know?....

Maybe sebab nak tingkatkan mutu servis perkhidmatan mereka dan juga di sebabkan pelanggan mereka yang masih belum ramai? I don't know.. but kalau dah terlalu ramai pelanggan seperti Maxis, DiGi dan Celcom? is it possible to face one by one customer like me??

hahaha jawab! ~



6.Kelebihan-Kelebihan Yang Ada Pada Tune Talk Mobile Prepaid

Ini adalah antara kelebihan-kelebihan yang dinyatakan di dalam laman web Tune Talk : Benefit



Free Air Asia Tickets

Free RM100,000 Personal Accidental Insurance Coverage

Change your Mobile Number Anytime!


Stay loyal and get rewarded!
Be a loyal Tune Talk subscribers and you will stand a chance to WIN with FREE AirAsia E-Gift vouchers. And earn Tune Talk points for AirAsia flights for every top up!

Free RM100,000 Personal Accidental Insurance Coverage
Subscribers from 12 to 65 years old will be insured with a free RM100,000 Personal Accidental Insurance Coverage underwritten by our partner, Etiqa. To enjoy the free insurance, just maintain a monthly top-up of RM30.00 and stay active!

NOTE:
  • The 16 digits ICCID printed on your SIM card is your policy number
  • Beneficiary is automatically defaulted to next of kin. To change, please download the nomination form. Complete the form and fax it back to Etiqa for processing as per instruction on form
  • Click here for more information
Change your Mobile Number Anytime!
Don't like your Tune Talk mobile number anymore? Getting too many annoying calls? Change it without even having to change your SIM card. Your entire account information, including credit balance and history will be retained. Just login to your SelfCare account or visit any of our authorized dealer.




Tukar nombor telefon bila-bila masa
Dengan mudah dan pantasnya aku boleh menukar no fon aku pada bila-bila masa hanya menerusi laman "Self Care" yang tertera di laman web Tune Talk.

Setelah korang menukarnya sendiri di laman web dengan 4 digit terakhir pilihan korang nanti, selang beberapa saat kemudian korang akan dapat notification pada blackberry yang memberi tahu proses penukaran nombor telefon tersebut telah pun berjaya!


Untuk meng-akses ke setting tersebut, pergi ke : Tune Talk Self Care dan klik pada My Numbers.

Korang juga boleh 'ushar2' kelebihan lain yang ada pada TuneTalk di sini: http://www.tunetalk.com/services




7.Baik/Buruk Perkhidmatan Tune Talk Secara Keseluruhan


1.Starter-pack
Customer's "1st impression" is the most important! , so bagi pandangan aku la..yang boleh dikatakan biasa dengan dunia IT dan komunikasi ni , aku banyak menghadapi pelbagai kesulitan sebelum dan ketika baru memiliki pek permulaan Tune Talk ni.
1st.) Lokasi: Dealer yang menjual starter-pack sangat sukar ditemui di kawasan tertentu, even dalam website ada menyatakan pihak TuneTalk boleh menghantar pek permulaan tersebut terus ke alamat rumah, tapi aku kurang pasti cara untuk mendapatkannya. Aku lebih rela mencari sendiri untuk memilih nombor-nombor pada starter-pack.

2nd.) Tiada nota panduan atau Instruction di dalam Starter-Pack: Ketika mula-mula mendapatkan pek permulaan Tune Talk ni, memang aku rasa agak kecewa sebab tak disertakan dengan nota panduan untuk mengaktifkan kad sim tersebut. Malah tidak disertakan cara untuk menyemak baki. (*111#)

3rd.) Baki kredit di dalam akaun Pek Permulaan RM5.00 tidak dinyatakan. (RM2.00)

2. Customer Service
Terdapat banyak cara untuk menghubungi pegawai khidmat pelanggan mereka.

Mudah, Pantas, Canggih & Terbaik!! itu yang aku mampu katakan! Good Job Tune Talk!!


3. Coverage
Disebabkan rangkaian Tune Talk ini boleh di akses sepenuhnya dibawah perkhidmatan rangkaian Celcom, jadi tiada masalah untuk mendapatkan signal dari mana-mana kawasan yang ada line Celcom. So far memang aku belum pernah menghadapi kesukaran seperti "No Network Coverage" atau sebagainya.


4. BIS Internet Speed
Aku menyangkakan perkhidmatan Tune Talk ini bakal menyerupai perkhidmatan Celcom oleh kerana Tune Talk saling bergantung kepada signal pencawang Celcom, tapi setelah menggunakannya sendiri dalam beberapa hari ini, ternyata perkhidmatannya adalah jauh berbeza!

Sebelum ini aku beralih ke rangkaian Maxis dari Celcom atas faktor kelajuan untuk berinternet di kawasan pendalaman, ternyata sekali Tune Talk membawa perubahan baru terhadap mutu servis Celcom, kerana kelajuan internet yang disediakan melalui blackberry amat berbeza dan laju berbanding Celcom dan Maxis yang aku gunakan sebelum ini.




5. Tune Talk Credit Reload / Top-Ups
Yes! yes! yes! Tambah nilai hanya serendah RM5 melalui CIMB Clicks! berbanding dengan perkhidmatan rangkaian yang lain, jumlah minima untuk tambah nilai untuk amaun yang terendah adalah sebanyak RM10!






Perbandingan amaun tambah nilai antara lain-lain servis provider :


 Untuk maklumat lanjut tentang Tune Talk Top Ups : http://www.tunetalk.com/services?page=top-ups


Secara keseluruhan , disini aku ingin memberikan markah sebanyak 4 out of 5 star! kepada Tune Talk BlackBerry Prepaid terutama bagi pengguna seperti aku yang sentiasa memerlukan rangkaian internet yang pantas, murah dan servis yang berpatutan dengan blackberry walaupun ketika berada diluar bandar atau kawasan pendalaman.

Bagi student, mereka yang terlalu aktif menggunakan BlackBerry Internet Servis tapi tak ada kemudahan WiFi di rumah atau di kolej atau dimana-mana sahaja, bolehlah membuat pilihan antara plan Maxis Monthly BIS Bonus RM20 -100MB (sementara plan ini masih ada), atau plan tanpa had Celcom Monthly RM25 -250MB.


Aku menggunakan plan Tune Talk BBM + IM - RM11 Monthly ni disebabkan jarang menggunakan internet di blackberry, dan aku mempunyai kemudahan WiFi internet jalur lebar dirumah dan mudah alih untuk laptop aku kemana-mana sahaja. So, agak membazir jika mengambil plan BIS for my blackberry kerana jarang menggunakannnya.

Extra information:
Latest version of Facebook for BlackBerry(2.0.0.37) yang terdapat di BlackBerry App World kini boleh mengakses facebook menerusi WiFi, applikasi lain yang turut memberi sokongan wifi adalah: UberSocial(Twitter Client), Seesmic(Social Network Client), WhatsApp Messenger(Messenger for SmartPhone), Gowalla(Places service like Foursquare) dan juga LogicMail for BlackBerry("Push" Email Client).


Klik disini untuk menjayakan kempen promosi KIT KAT's 'Rilex Like and chill aku.. dan klik 'Like' dibawah untuk menggalakkan lagi aku membuat review tetang lain-lain servis provider akan datang.

Sekian... thanks for reading :-)

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

No comments:

Next Previous HOME

UPDATE HISTORY


! UPDATE (Wednesday, 6th July 2011) :
" you can easily visit my blogspot via this URL ( http://abszeen.co.cc ) ,
or from any mobile devices via this URL ( http://abszeen.co.cc/m ) , thank you.."

Hi!, my name Ella Koon. Click me anytime to bring you back at the top of the page.