Follow - Menu | G+1 | fb fan page | nuffnang | amung | Says.my


Wednesday, July 6, 2011

SEKALI LAGI buat aku sebak dan sangat terhibur

SEKALI LAGI - Cinta itu milik kita.....

Lakonan mantap oleh Shaheizy Sam, Lisa Surihani , Mia Sara Nasuha, Bront Palarae,Kartina Aziz, Shasha, Zul Handy Black,Ana Dahlia dan Bob Lokman..




Tak semua cerita Melayu aku boleh masuk , petang tadi free-free aku pergi ke Mid Valley . memang tak terlintas langsung nak layan filem 'Sekali Lagi' ni , tapi memandangkan semua filem-filem yang menarik semuanya awal-awal lagi aku dah layan , sekarang tibannya masa untuk aku layan cerita melayu versi santai dan relax sebagai tanda support our local film , setelah KL Gangster .


Aku masuk dalam panggung , memang dapat agak dah . . cerita melayu macam ni memang jarang sekali dapat tempat di hati para remaja , lainlah kalau kalau filem comedy ke , action ke , lawak atau hantu / seram , pasti tak banyak seat kosong .


bangga dengan lakonan kamu Mia Sara Nasuha !


Dari awal-awal aku tak aspek apa-apa pun dari filem ni melainkan hanya ingin melihat gelagat-gelagat Mia Sara Nasuha , si kecil yang cute lagi comel itu beraksi dengan Lisa Surihani . Pada permulaan dan pertengahan jalan cerita , aku sangat terhibur dengan si kecil tersebut yang memegang watak sebagai anak kepada Lisa Surihani . Dia berjaya melakonkan watak seorang budak kecil yang dapat berfikir seperti orang dewasa , dia dilihat begitu matang sekali dalam setiap babak yang dia beraksi . Semuanya mencuit hati ! sebab dia sangat-sangat lah comel ! gerammmm ~


Perkara yang "unexpected" bagi aku ketika hujung-hujung before ending filem ni . . . aku tak sangka aku boleh terasa sedih , rasa sebak sedikit sebab memikirkan keadaan masa depan si kecil ini yang tidak mengetahui apa-apa pun tentang bapanya . . tapi , disebalik kesedihan itu , rupa-rupanya ada terselit seribu kebahagian yang bakal dikecapi oleh si comel ini . . .

Mia, your are very-very the cute!!!!


Untuk ketahui lebih lanjut , korang tonton lah sendiri filem ni . . . =_= !



SINOPSIS FILEM SEKALI LAGI :
Sekali Lagi menceritakan tentang Arman (Shaheizy Sam) percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan Farina (Shasha Zurazie).Pada satu hari, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng. Mujurlah, Amy (Mia Sara Nasuha), telah menyelamatkan Arman.

Disebabkan kejadian itu Arman dan Amy berkawan rapat. Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman.

Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu Shiela (Lisa Surihani), turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada Haris (Bront Palarae), si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Amy amat menyukai Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris.

Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman



10 Komen Picco untuk filem ini :-

1# Sebuah filem yang relax dan santai , mudah untuk difahami

2# Sangat suka dan geram dengan gelagat-gelagat adik Mia

3# Memang tak masuk akal babak-babak adik Mia jalan sorang-sorang , lagi-lagi kat tepi jalan besar

4# Bakal bapak si Mia ni memang orang yang tak bertanggung jawab , biarkan Mia merayau sorang-sorang !

5# Jalan cerita  = agak menarik , tapi macam banyak repeat benda dan tempat yang sama

6# Perasaan sedih dan menyayat hati = 2.0 out of 5 star

7# Perasaan geram , comel dan teruja  = 5 of 5 ! !

8# Overal Rate = 3.0 out of  5 star

9# Terhibur dan bangga dengan lakonan adik Mia !

10# Lebih baik kalau tak ada babak sentuh-sentuh atau adegan peluk-peluk dalam filem ini !
"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

2 comments:

anis aten said...

thanks for the review..pas read you review, rase macam nak g tgok pulak cite ni

Abszeen Picco said...

@anis aten: jgn lupa bawak tisu! hehe

Next Previous HOME

UPDATE HISTORY


! UPDATE (Wednesday, 6th July 2011) :
" you can easily visit my blogspot via this URL ( http://abszeen.co.cc ) ,
or from any mobile devices via this URL ( http://abszeen.co.cc/m ) , thank you.."

Hi!, my name Ella Koon. Click me anytime to bring you back at the top of the page.