Follow - Menu | G+1 | fb fan page | nuffnang | amung | Says.my


Wednesday, July 13, 2011

Personal Opinion Bersih 2.0 Rally in Kuala Lumpur Malaysia on Saturday 9th July 2011




" Hey ! what happen to Malaysia ? what's going on to your country? why all this things happen ?? " itu sebahagian soalan yang bertubi-tubi diajukan kepada saya by several friends foreigners . Saya bukanlah pihak yang arif untuk memperjelaskan isu berkaitan masalah negara secara terperinci kepada mereka , tapi sebagai rakyat di negara ini , saya harus mengikuti perkembangan isu semasa dalam negara .


Saya rasa setiap individu berhak untuk menyuarakan pendapat mereka . Jika harini tiada siapa yang mengajukan soalan , mungkin suatu hari nanti secara spontan ada wartawan memilih saya untuk mengajukan beberapa soalan mereka supaya memberi gambaran dan penjelasan ringkas dan jelas atas sesuatu isu . Jadi saya rasa this is free country bebas untuk menyuarakan , memberi gambaran dan juga mentafsirkan sesuatu perkara yang bakal berlaku , sedang berlaku mahupun yang sudah berlaku .


Bila kita menonton television rangkaian tempatan , segala bentuk info , gambaran dan berita yang disampaikan mempunyai mesej yang tersendiri . Sebagai rangkaian television untuk ditontonan secara umum diseluruh negara ini , pihak penyiaran tidak berhak untuk membawa info dan maklumat yang menunding jari kepada kerajaan atau berbaur anti kerajaan atas mengikut peraturan dan undang-undang negara dan mengikut peraturan lesen media dan penyiaran . The main point is , bila menontonnya , tiada sebesar zarah sekalipun yang membawa mesej menentang tindakan akan kekejaman oleh kerajaan . Jadi , sebahagian besar individu akan mencari media alternatif bagi mendapatkan berita yang mempunyai mesej disebaliknya . Saya rasa tak salah jika saya mempertontonkan  video bermesej dan gambaran yang jelas dari media alternatif dan media antara bangsa yang telah dimuat naik ke laman YouTube . Berikut merupakan sebahagian video yang terbaik bagi pilihan saya:-








The Walk For Clean & Fair Elections In Malaysia

 



*Slow down your speaker before watch this video:





Liputan Media Antarabangsa Tentang Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011

 








Truth That Cannot Be Cover – Bersih 2.0





Jika dilihat dengan beberapa video di atas , ini jelas membuktikan bahawa pihak kerajaan kita tidak boleh menyorokkan lagi apakah kepincangan yang sebenarnya berlaku di sebalik pembangunan negara ini yang dianggap sebahagian dari negara-negara maju , penuh dengan kemakmuran , keharmonian , keamanan dan perpaduan sesama kaum seperti 1Malaysia yang diwar-warkan kepada dunia luar , dunia antarabangsa , bangsa-bangsa lain dari pelbagai negara , dan juga pelbagai pihak pelabur asing di negara ini .

Kerajaan berusaha dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menarik pelabur-pelabur asing bagi membangunkan lagi pertumbuhan ekonomi negara supaya lebih pesat dan lebih membangun , untuk mencapai kebanggaan dan wawasan negara sambil terpaksa berdolak-dalih untuk menjaga hak dan kepentingan rakyat yang berpendapatan sederhana , rendah  atau yang kurang berkemampuan .




Bolehkah kita bayangkan buat seketika , apabila kita berada di salah satu dari kelompok berikut:-

Contoh jika saya jadi sebahagian dari salah seorang pihak atasan  kerajaan yang sibuk mengejar cita-cita , wawasan negara dan kepentingan kerajaan negeri dan persekutuan . Saya rasa saya tidak akan ambil kisah terhadap suara rakyat yang kecil ini , maksud saya mereka tidak memberi banyak keuntungan kepada kerajaan malah menghalang pembangunan dan pertumbuhan negara . Masa itu , saya akan gunakan kuasa , kekerasan dan undang-undang yang ada secara  habis-habisan untuk menentang dan mengambil tindakan terhadap mereka-mereka yang terlibat untuk menjatuhkan kerajaan . -Perkara sebegini akan terjadi secara automatik kerana jika kehidupan kita dibawah naungan atau tanggungan kerajaan , dengan serta-merta kita akan mendapat pelbagai kemudahan yang kerajaan akan sediakan , jauh lebih selesa dari hanya menjadi sekadar rakyat biasa . 


Contoh jika saya jadi sebahagian dari salah seorang pemimpin pembangkang yang ingin menuntut keadilan , ingin menjadi penyelamat dan wira rakyat . Saya rasa , pasti saya akan mengadakan demonstrasi jalanan bagi membuka mata pelbagai pihak , terutamanya pelabur-pelabur asing , dari pelbagai negara antarabangsa supaya mereka tidak mengambil risiko ini untuk melabur . Pada masa yang sama , saya boleh membuktikan kepada kerajaan-kerajaan lain dari pelbagai negara , bahawa pihak kerajaan di negara ini tidak menjaga kebajikan dan kepentingan sebahagian besar rakyatnya .


Itu contoh bagi pendapat saya , mungkin pada pendapat mereka diluar sana sangat berbeza dan jauh bertentangan . Saya tidak mengatakan pihak kerajaan di negara ini 100% bagus atau pihak pembangkang di negara ini 100% bagus . Masing-masing ada kepentingan dan agenda tersendiri .






Pemilihan terhadap mana-mana parti politik di negara ini ibarat seperti seorang anak yang dilahirkan dan dibesarkan dengan environment di dalam sesebuah keluarga yang beragama tertentu , hala tuju mereka bergantung pada keluarga tersebut . Sebagai contoh: jika ibu bapanya merupakan penganut agama Islam , anaknya pula akan dibesarkan dengan cara Islam dalam sebuah keluarga Islam , dan ia terus memikul agama Islam sehingga ia dewasa seperti kebanyakan manusia yang lain . Dan berbeza pula dengan individu yang menganut agama Islam oleh kerana minat yang mendalam terhadap agama Islam tersebut . Mereka bukan sekadar mengikuti , tapi mencari dan mengkaji setiap kebenaran dalam beragama . Maka agamanya terhadap Islam jauh lebih baik dan berkualiti kerana dia memegang agama Islam atas pencarian kebenarannya , bukan sekadar hanya menjadi ikutan-ikutan ataupun disebabkan oleh keturunan (Beragama Islam sebab ibu bapa beragama Islam).



Begitu juga jika kita dibesarkan dengan media-media tempatan terbitan bawah kuasa kerajaan , maka kita juga tak lari dari segala pendedahan isu keburukan dan aib pihak pembangkang sahaja , hanya keburukan dan kesalahan pembangkan sahaja yang didedahkan , sehinggalah kita sendiri yang akan mengkaji dan mencari kebenaran dan cuba membezakan antara pro dan kontra dalam sesebuah parti politik di negara ini . Tak lari dan tak bukan , setiap kebenaran itu harus dikaji dengan diteliti dan secara mendalam , bukan hanya jadi ikut-ikutan dan andaian diri sendiri semata-mata .



Polis menjalankan tugas mereka , malah ia merupakan tanggung jawab mereka untuk menjaga keamanan di dalam sesebuah negara . Kebajikan mereka dijaga dan mereka memperolehi pendapatan dan kemudahan yang dibiayai oleh kerajaan , mereka telah di disiplinkan dengan cara tanpa perasaan belas kasihan terhadap musuh atau pihak lawan . Segala tindak tanduk mereka berpandukan arahan dari pihak atasan .


Tapi berbalik kepada para demonstrasi yang berhimpun beramai-ramai diatas jalan raya tersebut , mereka bukannya berarak untuk menerima habuan dari pihak kepimpinan bahkan mereka semua berhadapan dengan pelbagai risiko , mereka semua sanggup berkumpul bagi menentang sistem dalaman kerajaan yang dikatakan tidak berlaku adil terhadap rakyat dan tidak menjaga kepentingan rakyat di negara ini .


Mengapa mereka sanggup berbuat demikian ? sanggup menghadapi pelbagai risiko ? semangat yang yang begitu berkobar-kobar untuk menentang kerajaan ?




Pasti ada satu matlamat dan tujuan mereka hingga sanggup turun padang dan berbuat sedemikian . Jika saya di tempat mereka ketika itu , saya akan berfikir lebih jauh untuk memperjuangkan hak-hak kepentingan saya sebagai rakyat di negara ini . Saya tak kisah apa yang bakal diperkatakan kepada para demonstrasi jalanan ini asalkan saya salah seorang dari antara mereka yang telah berjaya membuka mata pelbagai pihak dari seluruh dunia , supaya dunia dapat lihat sendiri cara pemerintahan dan sistem pentadbiran kerajaan di negaran ini yang dikatakan sudah mencapai perpaduan sesama rakyat berbilang kaum dan pelbagai bangsa bagi menarik pelbagai pelabur asing untuk mencapai keuntungan . Is it true ?? you should know the answer . .


Kerajaan meraih berbilion-bilion ringgit setiap tahun dari pelabur-pelabur asing dan juga pelabur tempatan , tapi mengapa masih mengambil cukai yang terlalu tinggi terhadap rakyat ? every single of our daily commitment each sale and purchase with Ringgit Malaysia , which included 6% of Government TAX charge without knowing buyers whether orang miskin mahupun orang kaya , tanpa memikir betapa besarnya beban yang ditanggung oleh rakyat berpendapatan rendah .



Harga setiap saman Polis dan JPJ yang kian meningkat tapi dianggap semua rakyat mampu membayarnya ?? Income TAX yang terlalu tinggi ?? Kerap menaikkan harga minyak Petrol ?? Malaysia is one of the country yang paling banyak Tol dan harga penggunaan Tol yang tinggi ?? dan kenaikan pelbagai harga untuk pelbagai jenis barang-barang mentah... bagi yang berkemampuan , mungkin boleh rasa selesa . Just stay at home in double story house , sit back and relax watching television with air-conditioner , just menonton orang ramai kene sembur dengan gas pemedih mata sambil berkata "bodohnya orang-orang ni , semua tak ada kerja.. dah tau ini perhimpunan haram , lagi mau join" .... but you should remember . . if one day you lose your asset or sources of income and no friends or family to support you anymore . . that time you will know how we suffer with high daily commitment .





All these things cannot be resolved unless if the government STOP increasing price and Tax to us. We have a lot of distress, but the government got billions of profit for "mencapai senarai negara-negara termaju , mengejar cita-cita dan wawasan negara". but currently I am one of the people who are not enjoy it , only you and your people are enjoy with it .

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

No comments:

Next Previous HOME

UPDATE HISTORY


! UPDATE (Wednesday, 6th July 2011) :
" you can easily visit my blogspot via this URL ( http://abszeen.co.cc ) ,
or from any mobile devices via this URL ( http://abszeen.co.cc/m ) , thank you.."

Hi!, my name Ella Koon. Click me anytime to bring you back at the top of the page.