Follow - Menu | G+1 | fb fan page | nuffnang | amung | Says.my


Saturday, July 9, 2011

Last Night Outing : Eh! Jasz.. you adik Shah Jaszle? | Sambil layan Mr. Popper's Penguins

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/250227_10150196689887866_761932865_6917250_7522556_n.jpg
Jasz Jaszle  
 Posing tu dah cun habis dear !!

OMG ! ! eh tukar versi indon plak la... ASTAGA ! aduh ! gawat sih ! ape pasal aku boleh tak tahu yang kawan aku Jazs ni adalah adik kepada Shah Jaszle ? kawan sikit punya la lama , lepastu duduk sekampung jerrr pulak tuh !.... hahaha aku ingatkan dia nak marah aku la yang aku tak tahu Shah Jaszle tu abang dia , sekali.. boleh pulak aku duk sibuk tanya dia lagi , Shah Jaszle tu siape ?? artis ? pelakon ? penyanyi ? muahahaha !! Kalau aku mesti rasa dingin kot . . yelah , adik beradik kawan sendiri pun kau tak kenal . orang tu dah la pelakon , siap ada kontroversi pasal video klip panas! masuk dalam Melodi TV3 lagi.. nampak sangat-sangat yang aku ni tak follow out of date perkembangan dunia artis . . hehehe ! itulah yang berlaku bila kepala ni malas nak ambil tahu pasal dunia artis .




Curi dalam public album facebok diaaa... ha ha



Petang semalam aku dapat mesej dari dia , pelik jugak la tiba-tiba dia tegur aku tanya khabar , selalu aku yang kena tegur dia dulu , maklumlah dia sibuk dengan kerjaya sebagai PA kepada seorang artis ni , so biasanya aku yang tegur dia dulu la . . (statment baik punye) . kitorang berkawan takde la dah lama sangat , baru jer kenal dalam 4 tahun macam tu . disebabkan kitorang ni tak berapa rapat , so no wonder la aku tak tahu dia ada abang nama Shah Jaszle tu. . last aku jumpa dia pun hampir setahun dua yang lepas . . ni baru dapat berjumpa dia semalam . Clear ?





BlackBerry Curve 8520
*Caution , this is my 3rd BB in this year.. how ganaz la aku pakai bb.. huhu


Aku plan ke The Curve sebab nak cari tempat repair phone BlackBerry , button keypad bb aku tu dah rosak , jahanam hari-hari kene pijak dengan kaki aku sendiri setiap kali bangun dari tido . . huhu bad idea letak phone kat sebelah katil ni tau... , sambil-sambil tu pergi usha tiket movie "Mr. Popper's Penguins" lakonan oleh Jim Carrey at Cathay Cineplex e@Curve.



klik sekali kasi gambar besarrr sikit . .



Aku akan follow semua cerita lakonan Jim Carry ni , apa movie sekalipun aku akan layan kalau ada je terpampang muka mamat ni dalam movie tu , tak kira ! aku mesti pergi tengok !! untung laaa pengarah movie yang ambil Jim Carrey ni berlakon dalam filem dia , kalau ade berjuta peminat Jim Carrey macam aku ni , memang cepat pengarah filem tu kayo !! haha. .

Boleh tak kalau ada filem melayu panggil Jim Carrey ni berlakon dalam filem dioerang akan datang?? ..for sure nanti aku tak ambil tahu pun "ini filem apa?" janji aku dapat tengok dia berlakon !!  itu je sebab-sebab yang aku akan tonton filem tu ! hahaha ! I watch that movie because of the 'Pelakunnya? yes... that's me . hehehe!


So , kesimpulannya.. aku dah dapat tonton filem ni bersama Jasz , kebetulan dia memang on the spot nak datang The Curve sebab nak beli Hot Chocolate ? okay sounds delicious but I didn't try it even dia offer aku . . "you nak coklat yang mana?"  . Time kitorang tonton movie ni sama-sama , si Jasz ni suka with that Penguin ! menjerit-jerit dia dalam wayang tu , say that penguin so cute ~!! hahaha...  orang perempuan ni bila suka kat benda-benda cute ni , memang mesti kene menjerit-jerit ke? huhu tak sempat nak kaji mendalam , maybe certain people aje kot !



Picco & Jasz Jaszle 8 July - The Curve
Jasz Jaszle sangat cantik !
*terus on d spot buat profile pic kat bbm & fb



Pasal filem ni , aku pun sangat teruja betapa CUTE nye PENGUIN ini ! walaupun penguin itu hanya CGI effect , but its look so real !! sampai boleh pulak secara spontan aku pergi tanya soalan bodoh kat Jasz masa dalam wayang tu , "wah ! pandainya penguin ni berlakon ek?" hahahaha!!....gosshhh ! saja buat-buat bodoh sebab respect orang sebelah yang lagi excited gila dengan kecomelan penguin itu.. ha ! ha ! ha. adoi !!

For me, overall untuk movie Mr. Popper's Penguins ni ,
aku bagi 3.5 Star out of five . sangat-sangatlah comel penguin tu ~ ^_^





 Pasal isu kontroversi video klip Shah Jaszle gandingan bersama Prema Yin ni , aku balik rumah je terus search kat google...  apa yang aku jumpa , mejoriti semua kutuk video klip ni . bukan hanya komen-komen dari blog readers and youtubers je , hampir kesemua blogger yang aku jumpa dalam blog dioerang menulis artikel yang mengutuk sekeras-kerasnya video klip lagu lakonan Shah Jaszle ni . terutama sekali kepada GambitSaifullah....korang boleh google sendiri nanti .


Dan berikut , penjelasan Shah Jaszle kepada encik terjah :



For me..... manusia , kesalahan orang lain kita memang akan sebok nak kutuk , keji , hina dan heboh satu dunia keburukan orang lain , kononnya nak tegakkan kebenaran dan sebagainya , tapi kesalahan dan keburukan diri sendiri tak pernah pun nampak....yelah , dah rasa diri dia tu sentiasa betul , benar je sepanjang masa kan? tulis entry dalam blog pun tak hengat , awak tu pun manusia juga macam dia.... tak lari dari buat kesilapan punyerrrr , tak harini esok lusa .


To Shah Jaszle : banyak-banyakkan bersabar.....walaupun aku baru tahu isu ni , aku rasa kesian sangat tengok klip video pengakuan dia ni , biasalah kita manusia tak terlepas dari melakukan kesalahan , kita bukannya malaikat , tuhan menguji kita semuanya ada hikmah dan bersebab. . tapi at least dengan kontroversi macam ni , sikit sebanyak menyedarkan kita dari terus hanyut dan lalai dibawa arus  . . next time kene lebihkan lagi untuk berhati-hati bro ! ..video ni terlalu HOT for our public ! memang tak sesuai langsung untuk tontonan di "sini" ha ha .. ..

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

2 comments:

♥ LuRveLyAmiera ♥ said...

ramai blogger tulis entry pasal vid ni tp miera mcm tak berapa nak berminat nak tulis pasal entry ni..rasa sebarkan vid ni pun dah mcm anoyying..^_*

Abszeen Picco said...

@LuRveLyAmiera:huhu...entah mcm2 manusia ni, dah tau sakit mata tgk lepas tu duk sebarkan.. ehehehe

Next Previous HOME

UPDATE HISTORY


! UPDATE (Wednesday, 6th July 2011) :
" you can easily visit my blogspot via this URL ( http://abszeen.co.cc ) ,
or from any mobile devices via this URL ( http://abszeen.co.cc/m ) , thank you.."

Hi!, my name Ella Koon. Click me anytime to bring you back at the top of the page.