Follow - Menu | G+1 | fb fan page | nuffnang | amung | Says.my


Tuesday, July 5, 2011

Kau kena ingat , reader kau tu pun blogger juga

 smart . matured . hot . cool . educated. hanis zalikha


Aku pernah dinasihatkan oleh seseorang supaya jangan masuk campur hal budak-budak blog , cerita pasal blog atau segala apa benda sekalipun ulasan tentang dunia blog ni , sebab blog aku pun masih baru dan aku juga blogger baru . belum ada kawan-kawan blogger yang aku betul-betul kenal . Dia sanggup datang jumpa aku dari jauh untuk komen sendiri depan aku isi kandungan dalam blog aku . agak terperanjat jugak la bila tau dia baca blog aku . dia ni bukan calang-calang orang , motivator tu . . aku gelar dia datuk tanda hormat .


Dia tegur aku pasal entry yang aku masukkan sebelum-sebelum ni banyak ceritakan tentang dunia blog , "macam lah kau ni dah lama berblogging jer . . hehe aku terus diam bila dia cakap macam tu , betul jugak tu . . . nak cover balik aku bagitau dia , "blogger baru bukan makna isi kandungan pun macam orang baru nak belajar menulis . . hehe takda chance langsung nak lawan balik kata-kata seorang motivator ni , kene respect apa dia cakap . Tapi yang tulusnye , aku ni dah berzaman baca pelbagai-bagai jenis blog , baca macam-macam isi kandungan blog orang yang aku tak kenali , memang aku tak pernah kenal mana-mana blogger pun , aku tak ambil port langsung siapa penulisnya . Yang aku tahu bila aku search je kat google , google akan berikan aku link ke blog diorang , tapi aku bukan duk search kat google pasal artis tempatan ke apa . lagipun aku dah tahu selok belok cerita seorang blogger yang sibuk asyik tulis pasal artis-artis ni bukan boleh caye sangat pun , niat nak tarik orang baca blog dia jer , kalau pasal artis baik baca dalam magazine jelah ! tak pun tengok jer kat tv.... maklumat yang tepat lagi mantop !


Sejak bulan Mei lalu aku buat blog ni , sampai la sekarang . aku dah notis dari awal , ada isu yang tak henti-henti dari kalangan blogger ni . dioerang ni macam tak habis - habis kutuk mengutuk sesama blogger , kata blogger tulis pasal artis gini la ginu la , tapi blogger yang tulis hal peribadi takde isu sangat , cuma pelik ada blogger yang tak habis-habis mengulas tentang blogger lain , tak henti-henti , lepas tu jadi perang dalam blog , lepas tu gaduh-gaduh berbalas komen , bukan orang tu kutuk dia , tapi taknak orang cuba nak kutuk sifu dia , bila dah sampai satu tahap tak terkawal , sanggup tulis entry kutuk blogger tu . Hadoihh!.... aku yang baru nak masuk bulan ke-2 berblogging ni pun dah naik muak dah tengok macam-macam jenis gelagat .


Takde benda lain ke nak tulis dalam blog tu , dalam komen , semua tu kan public dan semua orang boleh baca , bila tak puas hati mestilah akan rasa nak tulis komen . berblogging dah lama , umur pun ramai yang dah dewasa , tapi entry macam budak-budak . dioerang ni tak tahu ke yang pembaca blog dioerg ni pun blogger jugak , kalau dah nama pun blogger , dia pun bebas lah nak tulis apa pun dalam blog dia .



Aku sangat tak berminat untuk participant dalam mana-mana isu pergaduhan dalam dunia blog ni , kalau terbaca pun aku rasa dah terbuang masa kat situ , aku buat blog sebab aku nak berkongsi pendapat , berkongsi ilmu , bahan bacaan , dan bersuara dengan lebih details lagi memandangkan setelah sekian lama bersuara dalam social network yang tak sesuai untuk meluahkan dan menterjemahkan segala isi dalam hati ini , ada banyak perkara yang harus dikongsikan bersama dengan dunia luar . Taknak jadi orang yang kedekut ilmu ibarat hidup nafsi-nafsi macam orang yahudi , orang barat pun suka berkongsi ilmu dalam blog mereka .


.....dalam blog kita ape ade? gosip-gosip panas? sesi kutuk mengutuk? bikin panas telinga pembaca?




Contoh terbaik lihat blog Hanis Zalikha (dia ni lagi...), hanya cerita tentang personal life , review a new contests , share personal interest , beri tips-tips kecantikan , berkogsi gaya fashion terkini dan sebagainya . . very-very peaceful bila baca . rasa aman dan damai je baca tentang kehidupan dia , seolah-olah macam menghirup udara segar bugar bila bicara tentang dia . sikit pun takde sakit kepala atau cuping telinga jadi merah baca penulisan dia . . itulah contoh wanita sejati menjadi bila jadi blogger sejati . . pasti ramai yang suka . .

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

No comments:

Next Previous HOME

UPDATE HISTORY


! UPDATE (Wednesday, 6th July 2011) :
" you can easily visit my blogspot via this URL ( http://abszeen.co.cc ) ,
or from any mobile devices via this URL ( http://abszeen.co.cc/m ) , thank you.."

Hi!, my name Ella Koon. Click me anytime to bring you back at the top of the page.