Follow - Menu | G+1 | fb fan page | nuffnang | amung | Says.my


Monday, July 25, 2011

5 Sebab Pembaca Mula Meninggalkan Blog Anda



Setelah beberapa bulan atau bertahun-tahun bekerja keras untuk menghidupkan blog, akhirnya usaha itu sedikit sebanyak sudah kelihatan hasilnya. Pengunjung blog yang dulunya kurang daripada 50 orang sehari, kini melebihi 1000 orang sehari. Walaupun peningkatannya mengambil masa yang agak lama, tapi anda sangat beruntung kerana kejayaan itu adalah hasil usaha gigih sendiri sendiri.

Namun sejak akhir-akhir ini anda dapati pembaca blog semakin berkurangan. Daripada satu jumlah pengunjung yang besar, ia jadi mengecil dan semakin mengecil. Semakin ramai yang meninggalkan blog anda. Respon yang dahulunya  melebihi 50 pada setiap entri juga semakin berkurangan. Hanya beberapa rakan yang setia masih mengunjungi blog anda walaupun anda tidak pernah muncul di blog mereka. Anda mula memikirkan apa punca perkara itu berlaku sehingga anda semakin susah hati.

Jadi sebelum perkara ini menjadi lebih parah, berikut saya kongsikan antara 5 sebab kenapa pembaca mula meninggalkan blog anda atau lebih teruk lagi, membuang terus alamat blog anda daripada senarai blog yang sebelum ini mereka simpan sebagai langganan tetap.

Blog tidak update dalam jangka masa yang lama
Sebelum ini anda sangat rajin mengemaskini entri di blog. Kebiasaannya anda akan menulis paling kurang 1 atau 2 entri setiap hari. Lebih tepat lagi, anda menulis secara berkala. Keadaan ini membolehkan pembaca setia datang ke blog anda berdasarkan posting berkala tersebut. Bagaimanapun jika anda tiba-tiba berehat cukup lama tanpa kemaskini entri baru, berkemungkinan pembaca akan bosan untuk menunggu lama dan mula melupakan blog anda. Jadi untuk mengatasi keadaan ini, ada baiknya anda menyatakan status terkini anda dan blog. Misalnya memaklumkan pembaca yang anda hanya akan kembali untuk menulis pada suatu tarikh akan datang. Cara ini dapat mengingatkan pembaca supaya mereka tidak mengharapkan entri yang baru daripada anda.

Lebih Kuantiti Berbanding Kualiti
Kadang menulis berdasarkan skala tertentu juga akan meletakkan kita dalam kedudukan yang tidak baik. Kita berada dalam keadaan terdesak sehingga menuliskan sesuatu tanpa memperdulikan kualiti penulisan. Contohnya anda menulis hanya dua perenggan pendek dengan menyatakan yang anda tiada idea untuk menulis. Anda biarkan penulisan itu diterbitkan tanpa sebarang pengeditan ejaan, tidak jelas atau tidak motif utama yang hendak dinyatakan. Sesetengahnya pula hanya menyalin bulat-bulat daripada bahan berita tanpa pengubahsuaian atau anda tidak menyatakan pandangan anda sendiri.

Adalah lebih baik sekiranya waktu anda tiada idea menulis, anda rajinkan diri berkunjung daripada satu blog ke blog lain. Membaca entri yang dikongsikan rakan-rakan dan meninggalkan komen di blog mereka. Mungkin semasa membaca, anda akan memperoleh idea yang boleh dikongsikan di blog anda.

google-analytics


Tidak berinteraksi dengan pembaca dan blogger lain
Konsep blog sekarang berbeza dengan dulu. Kebanyakan blogger sekarang menulis sesuatu bukan sekadar untuk bacaan diri sendiri tetapi juga untuk dikongsikan dengan pembaca lain. Justeru penting untuk penulis bertanggungjawab dengan apa yang ditulisnya. Ini termasuklah memberikan respon kepada komen pembaca, tidak kira sama ada mereka itu pembaca yang datang melalui enjin carian atau di kalangan blogger sendiri. Bagaimanapun disebabkan kesibukan atau mungkin sudah disebabkan sikap anda yang malas maka anda mula berhenti untuk berinteraksi dengan pembaca. Respon atau komen daripada pembaca anda biarkan tanpa sebarang maklum balas. Lama kelamaan minat pembaca untuk meninggalkan komen mungkin akan berkurangan. Mereka berfikir mungkin penulis beranggapan komen mereka kurang penting bahkan kehadiran mereka juga seolah-olah tidak disedari. Malah mereka juga mula serik meninggalkan komen di blog anda dan lebih teruk lagi, mereka sekaligus akan mengelakkan diri daripada mengunjungi blog anda.

Blogger yang lebih disukai biasanya terdiri daripada mereka yang suka berinteraksi secara teratur dengan pembaca mereka dengan memberikan maklum balas yang dikemukakan, sama ada melalui komen di blog sendiri, komen di blog orang lain, pertanyaan yang diajukan melalui email atau melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter. Jadi janganlah kedekut untuk meluangkan sedikit masa untuk berinteraksi dengan pembaca walaupun anda seorang penulis (blogger) yang sangat berjaya dan sentiasa sibuk dengan isu-isu menarik yang hendak ditulis.

Malas untuk berkunjung ke blog lain
Kebanyakan blogger yang berjaya sentiasa menggunakan ruang yang ada untuk menghasilkan penulisan yang menarik minat pembaca. Menulis isu-isu terkini dan sensasi adalah matlamat utama sehingga tumpuan banyak dihabiskan di blog sendiri. Anda mula tidak menghiraukan blogger lain yang berkunjung ke blog anda kerana pada anggapan anda, dengan populariti yang ada, walaupun anda tidak berkunjung ke blog lain, blogger lain akan tetap hadir ke blog anda. Sebenarnya anggapan anda itu adalah silap kerana blogger yang lain juga akan menganggap sesuatu yang berbeza pada anda. Anda mula dilabel sebagai blogger sombong, malas kurang bersahabat atau pelbagai label yang lain sehinggalah sampai pada satu tahap blogger lain akan berhenti untuk mengunjungi blog anda. Pada masa itulah anda dapati bilangan pengunjung blog anda sudah semakin berkurangan.

Jadi tidak salah untuk meluangkan sedikit masa untuk melawat ke blog lain. Baca entri yang anda minat dan tinggalkan komen bersesuaian dengan topik. Paling tidak pun, luangkan masa untuk meninggalkan jejak di shoutbox walaupun ia bukanlah suatu jejak yang kekal. Kehadiran anda ke blog lain sebagai lawatan balas sedikit sebanyak akan memberikan keyakinan kepada blogger lain yang anda juga merasai kehadiran orang lain dalam dunia blog.

Eksploitasi secara berlebihan
Anda sangat mahir dalam memilih tajuk dan kata kunci untuk setiap entri di blog anda. Setiap kali entri baru diterbitkan, pasti ramai pengunjung, terutamanya melalui laman sosial atau laman lain yang menyediakan kemudahan ping datang ke blog anda. Penulisan tentang isu hangat semasa serta penggunaan kata kunci yang “lebih” berbanding yang digunakan oleh blogger lain berjaya mempengaruhi pengunjung. Blog anda sering menjadi pilihan mereka. Namun disebabkan keghairahan menarik pengunjung anda semakin berani mengeksploitasi secara berlebihan. Kata kunci yang menarik sering digunakan sedangkan penulisan anda hanyalah salinan daripada berita online yang telahpun mereka baca. Akhirnya pengunjung yang berminat untuk mengetahui cerita sebenar di sebalik tajuk itu rasa tertipu. Lama kelamaan, mereka mula melabel blog anda sebagai blog yang “lebih sudu daripada kuah” dan apabila sampai tahap ini, mereka akan serik untuk berkunjung ke blog anda walaupun tajuk yang digunakan cukup menarik.

Sebelum ada yang tersinggung dengan penulisan ini, ada baiknya saya tulis secara terang-terangan bahawa lima sebab di atas adalah apa yang saya pelajari daripada pengalaman diri sendiri. Maksudnya pengurangan dari segi bilangan pembaca itu juga adalah merujuk kepada blog ini dan penulis yang dimaksudkan juga adalah saya sendiri. Namun sengaja saya kongsikan di sini sebagai ingatan bagi membaiki mana yang terkurang. Harap dapat dimanfaatkan juga oleh rakan-rakan lain.

Oh ya! sebelum saya terlupa, penulisan yang penuh dengan informasi dan maklumat yang mantap dan juga kesedaran dan begitu tersusun sekali di atas ini diambil dari blogger yang bernama saudara kulanz (kulanzsalleh.com) yang di tulis pada 04/01/2011 dalam blog beliau di : http://kulanzsalleh.com/5-sebab-pembaca-mula-meninggalkan-blog-anda. mungkin saya juga telah berjangkit dan jatuh hati dengan cara penulisan beliau sehinggakan saya pun mula menulis sebegini dan sedemikian rupa sambil curi-curi meletakkannya dalam blog saya.

Sangat menarik bukan? saya rasa sayalah orang yang paling bertuah sekali kerana belum terlalu terlambat untuk menjumpai blog yang penuh dengan informasi dan motivasi yang diperlukan oleh semua blogger baru mahupun lama. Sekarang baru saya sedar batapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam dunia blogger, masih banyak lagi kita perlu cari dan pelajari dengan individu 'yang lebih berpengalaman' ini. Bagi saya, berguru itu biar ramai, asalkan diri berpegang pada perinsip dan pendirian.

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

No comments:

Next Previous HOME

UPDATE HISTORY


! UPDATE (Wednesday, 6th July 2011) :
" you can easily visit my blogspot via this URL ( http://abszeen.co.cc ) ,
or from any mobile devices via this URL ( http://abszeen.co.cc/m ) , thank you.."

Hi!, my name Ella Koon. Click me anytime to bring you back at the top of the page.