Follow - Menu | G+1 | fb fan page | nuffnang | amung | Says.my


Sunday, June 19, 2011

Tips & Tutorial Paling Senang Dalam Dunia - Elak Dari Laman Web Disekat



Orang pakar IT kalau baca post ini, mesti kena gelak besar punyaaaaa saya, confirm! "tapi aku kesah ape nye?(pinjam skrip Jozan tiru gaya David Teo). Ramai je lagi kat luar sana tu innocent pasal Google DNS ni, betul tak? sokong la, sokong la, nanti klik like tanda sokong.


Saya dah lama gunakan Google DNS ni, banyak benefit yang saya dapat sejak gunakannya dari ia diperkenalkan pada umum beberapa tahun dulu. Masa tu komputer saya guna dial up je kalau nak sambung ke internet, memang kesian sangat, betapa slownya internet guna dial up 56kb per saat.


Bila dapat pakai broadband pulak, masih tak puas hati, kalau buka satu laman web tu, still ambil masa lama nak habiskan loading. kalau satu iklan tv tu 30 saat, ini kena tunggu sampai 3 4 iklan tv baru habis selesai loading satu page.


Bila dapat pakai streamyx pulak, masih tak puas hati kalau stream video online macam youtube, satu rumah kongsi sampai 5 - 6 orang, loading youtube pun kadang-kadang sangkut-sangkut kalau sekali serentak yang online.


Tapi dengan Google DNS ni, bukan setakat mampu bagi internet speed bertambah-tambah laju, malah disepanjang menggunakannya, saya hampir-hampir tak perasan yang ia boleh buka laman web yang telah disekat oleh servis provider! kan baru-baru ni media tempatan kita kecoh pasal pengodam, mereka tak puas hati dengan SKMM sebab cadangan untuk menyekat beberapa laman web perkongsian fail yang popular seperti:


1. http://warez-bb.org
2. http://thepiratebay.org
3. http://movie2k.to
4. http://megavideo.com
5. http://putlocker.com
6. http://depositfiles.com
7. http://duckload.com
8. http://fileserve.com
9. http://filestube.com
10. http://megaupload.com



Tapi bila saya buka kesemuanya, tak ada sebarang sekatan pulak! memang rasa agak peliklah masa tu.... bila buka dalam laptop mak, kakak, abang semuanya tak boleh, confused, confused... hmmm.... sampai la satu ketika, kawan saya si Anis Serenity ni tanya saya untuk saya buat review pasal Google DNS dan Open DNS dalam blog ni, HA!! baru saya teringat! haha laptop saya dah setting dengan Google Public DNS! itu pasal kot boleh buka semua laman web yang telah disekat tu!

Ok tanpa membuang masa, jom saya ajar cara-cara nak guna Google Public DNS ni, cuma masukkan IP Address je, tak susah pun. Ingat nambornya: 8.8.8.8 dan 8.8.4.4 je.


Cara nak masukkan IP tersebut (Windows 7):



Pergi ke - Open Network and Sharing Center






Klik pada - Change Adapter Settings






Pilih connection yang anda sedang gunakan - macam connection yang saya guna sekarang adalah Wireless Network Picco Streamyx Atheros AR5007EG. Right click dan pilih Properties.





Double Click pada Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4)






Dan masukkan Google Public IP Address itu tadi ke dalam kotak yang disediakan.

8.8.8.8
8.8.4.4


Klik ok dan siap! Tapi sebelum tu, untuk lihat hasilnya, kene Restart Network Connection sama ada Disable kemudian Enable semula connection, ataupun Log Off Windows kemudion Log On semula atau restart je terus pc korang tu! hehe..


Maklumat lanjut tentang Google Public DNS ni, boleh la ke http://code.google.com/speed/public-dns



Selamat mencuba!....
Harap dapat berikan sedikit maklum balas.. =_=!

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

2 comments:

Sriwaniey said...

eeehh! kalau pkai Unifi pun boleh ke guna Google DNS ni? ke camne?

Abszeen Picco said...

@RetroSillygal: yup... boleh :)

Next Previous HOME

UPDATE HISTORY


! UPDATE (Wednesday, 6th July 2011) :
" you can easily visit my blogspot via this URL ( http://abszeen.co.cc ) ,
or from any mobile devices via this URL ( http://abszeen.co.cc/m ) , thank you.."

Hi!, my name Ella Koon. Click me anytime to bring you back at the top of the page.