Follow - Menu | G+1 | fb fan page | nuffnang | amung | Says.my


Friday, June 17, 2011

Tak dapat tidur lena, pasal entry sampah

Memang rasa tak sedap, gelisah semacam, tidur tak lena, makan makin beriya-riya tambah berselera, baring-baring pusing kiri kanan sampai 100 kali sejam, fikir-fikir cari punca, dalam kepala bayangkan umur dah nak tambah lagi satu angka, lagi penuh beban dalam kepala. Semua sibuk hari-hari cari harta benda, ada juga kerja mencari harta pusaka. Saya manusia kerdil ni masih lagi terkebil-kebil cari arah tuju dan merenung kehidupan yang jauh lebih selesa. Macam tak kemana je kalau tak berbekalkan ilmu di dada seperti orang yang dah habis round satu Malaysia, pergi ke serata dunia dan berjumpa pelbagai manusia.

Nasiblah dunia cyber tak perlukan modal besar nak jelajah satu Malaysia, mahupun ke negara antara bangsa, tanpa passport dan visa, klik je je link terus bawa saya ke london, paris, new york, las vegas, errr... Makkah, Saudi Arabia, Madinah. Free je, walaupun tak dapat rasa situasi sebenar. Tapi kalau betul kat sana pun, still kene guna blackberry, internet, gps. Takkan nak bawa poster besar peta dunia sampai tengah bandar, tumpang bentang atas kereta orang nak cari tempat makan, uuhhh tak maju okey.

Fikir fikir fikir, lepas 5 jam post entry terakhir guna blackberry tadi, rasa macam ada yang tak kena, nak buka laptop takut melekat terus selesa sampai jam 10 pagi, cuba nak disiplinkan diri just guna blackberry. Uhhhh! sama jugak, still boleh mengadap social media kat benda alah ni. Buka blog sendiri belek-belek balik entry....diri sendiri baca semua rasa ok, yang lain baca tak tahu lah apa rasa, kecuali satu entry yang saya post ni, rasa macam part time penyampai berita. Entry pasal Cubaan Godam 41 Laman Web Kerajaan, saya sendiri baca pun macam sampah je isi.

Padan muka kena kutuk diri, kalau setakat copy dan paste dari laman web berita, baik baca sendiri dari dalam laman web tu je. Kesahihan berita pun terjamin, kalau-kalau salah teknikal ketika dalam proses copy paste macam mana? lagipun saya rasa buat semak je tulis blog macam penyampai berita dalam blog peribadi ni, terus niat nak buka laptop kemudian padam je post tu. Tapi alang-alang dah tarik trafik pasal entry tu, biarkan jela kesalahan diri buat kali pertama judge sendiri, jadi pengajaran dalam kamus fikiran saya buat selama-lamanya. Sekarang baru saya rasa lega dan selesa. Tarik ramai pembaca tapi jiwa meronta-ronta, tiada guna.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

No comments:

Next Previous HOME

UPDATE HISTORY


! UPDATE (Wednesday, 6th July 2011) :
" you can easily visit my blogspot via this URL ( http://abszeen.co.cc ) ,
or from any mobile devices via this URL ( http://abszeen.co.cc/m ) , thank you.."

Hi!, my name Ella Koon. Click me anytime to bring you back at the top of the page.