Follow - Menu | G+1 | fb fan page | nuffnang | amung | Says.my


Friday, June 10, 2011

Pengalaman Bulan Pertama Berblogging

Salam sejahtera kepada you all, harap sihat wal-afiat semuanya... kalau tak sihat tu tandanya kamu pun dah berjangkit dengan Picco la ni... entah kenapa tiba-tiba je bersin petang tadi, terus melarat hidung tersumbat sampai sekarang... (euw ~ apa ni? nak update blog ke atau nak cerita lobang idung tersumbat Picco ni?) hihihiks~ ....relax, Picco hanya meluahkan je dalam blog ni... maklumlah takde teman istimewa atau tempat untuk mengadu...hihihiks!~


Sekejap je rasa dah nak habis sebulan untuk bulan pertama sejak memulakan langkah baru ke dunia blog ni pada 12 May lalu sampai harini. Itulah dikatakan masa itu emas!... masa berlalu begitu pantas! kadang-kadang jadi agak kelam kabut juga la terkejar-kejar dengan pelbagai perkara yang perlu di settle kan dalam rutin harian... dari kerja-kerja di rumah dan kerja di tempat kerja, mengemas kini laman web social seperti Twitter, Facebook dan Blogger, membeli barangan keperluan harian, servis kenderaan, membayar bill itu dan ini, sehinggalah menjelaskan bayaran hutang-piutang dan segala saman-saman kesalahan trafik lalu lintas.. itu belum termasuk lagi menonton rancangan kegemaran, movie kegemaran, tengok berita, dengar radio, YouTube, ber'chatting, buat researching dan sebagainya.. Terlalu banyak perkara yang perlu ditempuhi untuk menjalani kehidupan seharian. Itulah Picco yang sebenarnya, kalau dari jauh nampak macam cool dan rilax je mamat ni, kat tangan sentiasa dengan android, kadang-kadang ipad, tapi selalunya blackberry sebab saiznya kan sangat-sangat compact dan nyawa beteri dia pun boleh tahan bertahan agak lama. Kalau dulu-dulu.. kemana saja mamat ni pergi asyik bawak laptop je kesana kemari!.. sibuknya mengalahkan boss besar dan tokey kilang!..


Ape motif Picco online 24/7?
Kalau masa zaman dulu-dulu jadi President dalam Club PiccoMocha Community di Myspace, memang sentiasa jaga network supaya makin berkembang dan semakin maju. Komuniti pun tak ada ahli jawatan kuasa... jadi kita la Presidennya, kita la Web Designernya, kita la Personal Assistantnya dan kita juga la jadi Secretarynya. Semangat memang berkobar-kobar untuk majukan diri sampai makan dengan ahli-ahli PiccoMocha, travel sana-sini pun dengan geng PiccoMocha, minum air PiccoMocha (mocha starbucks adela), tidur pun pakai baju PiccoMocha!..... Tapi itu dulu-dululah, sekarang ni minat Picco lebih cenderung untuk explore setiap individu yang DAH berjaya, bukan saja yang berjaya di alam cyber, tapi sesiapa je yang berjaye... lebih kurang fokus dalam mencari idea-idea baru dan sumber-sumber ilmu di dalam laman web dan dicampur adukkan dengan minat dan kemahiran.... tapi ilmu untuk ape?... Ilmu untuk menghasilkan duit sekali banyak! duit naik macam roket! boleh ke? of course... kena yakin pada diri sendiri la, nak tiru bulat-bulat tokoh yang dah berjaya mana boleh...buat identiti sendiri dengan kepakaran yang ada....that's the keyword to success I found!....


Network
Jangan tipulah.. kalau tak nak mengaku tujuan dan niat masing-masing pada mula-mula nak menceburi apa-apa bidang di internet ini untuk mengembangkan network! ...my mom beli laptop niat nak kembangkan bisnes butik dan memaparkan hasil jahitannya di internet, my sis beli laptop untuk mempromosikan barang-barang kosmetik di internet, my brother juga gunakan facebook untuk memperjuangkan sesuatu pada setiap status update nya (ape ye?? tah la aku confused jugak dengan dia ni, padan lah sampai sekarang taknak beli laptop) jadi, masing-masing semua tak lari dari network! network untuk kekal berhubung sesama rakan, sesama sedara-mara dan sesama ahli keluarga. Bila dah teruja, pasti nak kembangkan lagi network antara saudara mara yang lain... mula-mula nak jejak keluarga... pastu, "err..terjumpa kekasih baru plak dari tenet! ;P".. ramai juga la orang kita yang tersasar dalam niat dan tujuan masing-masing. Pancing lain, tapi dapat hasil lain... "goreng pon sodap!"


Pengalaman Dunia BLog
Dah nama pun baru je sebulan... mana ada pengalaman menarik sangat, sikit-sikit tu adalah macam terima pujian atas cara penulisan... yang lain-lain belum ada lagi sebab masih ramai belum berani nak share dengan kawan-kawan pasal blog Picco ni, tak kisahlah.... hanya mampu menunggu bilakah tiba masanya saat traffic dalam blog ni laju dan banyak maklum balas, tu baru la syok nak cerita pengalaman.. ini satu entry pun baru je ada dua tiga kucing berlari..... nak sedapkan hati sendiri, tambah lagi dua tiga komen sendiri... mana nak sama dengan anjing gila berkeliaran.. (blog yang sampai ada haters). hihihiks!~


Target Pembaca
Yang ini mudah... memandangkan blog peribadi Picco ini berbentuk info, sedikit motivasi, cerita dan berfikiran bebas, termasuk tutorial... jadi target Picco adalah pembaca dari kalangan yang mempunyai fikiran terbuka, rajin membaca... sikap ingin tahu, saling bertukar pendapat, rajin memberi maklum balas yang berkualiti dan sejujur-jujurnya dari hati... dan pembaca bersiri... "erkk? taklah... pembaca setia... hihiks!~


Keyword
s
Dulu masa mula-mula Picco nak mencipta keywords "PiccoMocha", nak naikkan nama tu bukan senang.... siang malam pagi petang mengadap laptop naikkan nama tersebut... macam-macam cara dan teknologi digunakan... kurang dari setahun, cepat je nama tu meletup kat myspace.. ia hasil dari kerja keras yang tak putus-putus. Kalau search je nama PiccoMocha, confirm la besepah-sepah link dia keluar... nama PiccoMocha ni dah tarik minat banyak golongan professional seperti pensyarah di universiti, peguam bela dari jabatan kerajaan, penceramah bebas, ahli perniagaan dan kerabat diraja (nama-nama harus dirahsiakan), sehingga ada yang sanggup membeli nama PiccoMocha sehingga berharga 50k sekiranya dari awal-awal dulu Picco tidak menonjolkan diri sebagai Presiden of PiccoMocha Community! sayang kan? tak apa mungkin takde rezeki di situ...

Jadi bermula dengan blog ini, Picco ingin bawa nama Abszeen Picco sebagai keywords rasmi... Actually nama Abszeen ni dah lama digunakan, since zaman-zaman friendster dan myspace lagi. sampai sekarang Picco gunakan keyword ini. Kalau tak percaya, sila Google sekarang! nanti nampak la ape aktiviti-aktivi Picco dalam dunia cyber ni..... So, bagi Picco.. kalau nak jaga keywords atau istilah lain... "jaga nama", sila jaga kita punya "blog standard" ayat dan tingkah laku.. Kalau nama dah "GAH!" tapi isi penuh kontroversi... upss!...itu hanya mencari publisiti..(bak kata rancangan Melodi)


Reality of Blog
Sama sebijik macam tonton rancangan Reality TV! kalau kita terlepas membaca salah sebuah entry dalam sesebuah blog tersebut, sama seperti kita terlepas salah satu episod rancangan realiti tv...... kita tak akan tahu selok-belok dan jalan cerita dalam blog tersebut... sebelum ini dia macam-mana, sekarang dia macam-mana, dan akan datang dia macam-mana. tapi kalau isi dalam rancangan tu pun tak menarik, orangnya suara tak sedap, semuanya tak ada bakat... baik tonton American Idol dari buang masa tonton si Kampung Idol... "eh! kampung-kampung pun tetap ada peminat jugak tau!..."

...biasalah tu...manusia ni kalau dah taksub tu, benda yang dah terang-terang salah pun tetap jugak kata betul... macam mana-mana ajaran sesat, pasti ada je pengikut setianya... hihiks~


P/S: tengah menulis blog pagi-pagi ni, tiba-tiba anak kucing si kecil lahir tak cukup bulan ni mati pulak.. sedih tengok dia mati keras..... sayu betul hati...

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

2 comments:

sweetluvardini said...

akak suka artikel ne..sama mcm pengalaman akak..bru join ke dunia blog..excited lebih...hehe,zeen,ko jgn lupa follow blog akak tau,tp kan congrats sbb walaupun baru sebulan,follower ko mak aii,mcm org dh lama berblog.papepun,chayuk2,u can do it :)

Abszeen Picco said...

@sweetluvardini: sy dah usha blog akak juga, nice blog! :)

Next Previous HOME

UPDATE HISTORY


! UPDATE (Wednesday, 6th July 2011) :
" you can easily visit my blogspot via this URL ( http://abszeen.co.cc ) ,
or from any mobile devices via this URL ( http://abszeen.co.cc/m ) , thank you.."

Hi!, my name Ella Koon. Click me anytime to bring you back at the top of the page.