Follow - Menu | G+1 | fb fan page | nuffnang | amung | Says.my


Friday, June 24, 2011

Kita baca Blog dia sebab tuannya ke sebab….


Dude! (lelaki) Babe! (perempuan) You guys! (semua sekali lah!), kalaulah semua mempunyai kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu untuk menjaga kesihatan supaya mendapat umur yang panjang dan pentingnya ilmu agama untuk diri sendiri di alam yang kekal abadi selamanya kelak, confirm! You guys dah tak pandang berat pun tentang hal dunia, tak bergaduh sana-sini, tak mengadu domba, tak ambil port langsung pasal isu-isu semasa dan hal duniawi dengan begitu serius yang pada asal-usulnya kerana ingin mengisi kekosongan di waktu lapang.

Kecuali kalau tugas kita, memang kena ambil tahu tentang hal dunia, kerana amanah yang perlu dilaksanakan, tanggung jawab sebagai pekerja, sumber rezeki atau hasil pencarian dan sebagainya, tak mengapa sebab ada kewajipan disitu.

Boleh beri sebab-sebab? kenapa tak perlu ambil kesah tentang hal dunia?

Sebab bila akal dan fikiran ini mampu berfikir sampai satu tahap yang lebih jauh, mampu berfikir yang dunia ini hanya sementara, dah tahu, usia manusia zaman sekarang susah nak capai 100 tahun, kadang-kadang nak capai umur 70 ke 80 pun begitu susah, meninggal sebab sakit tua, sakit sebab berpenyakit, walaupun dah bersusah payah menjaga kesihatan dengan macam-macam cara.

Tapi kalau hati tetap berkeras untuk melakukan sesuati atas dasar hobi, minat, trend dan sebagainya, teruskanlah…as long as kita tak buat orang lain lalai untuk melakukan tanggung jawab mereka sebagai seorang muslim, sebagai seorang isteri, sebagai seorang pemimpin dalam sebuah keluarga, sebagai seorang anak, sebagai seorang pelajar, tak menimbulkan rasa kurang senang dengan kenyataan kita bila orang membacanya, tak membuatkan orang lain berfikiran negatif mahupun boleh membuatkan perpecahan sesama manusia.

Kadang-kadang kita terpaksa berhenti dari melakukan sesuatu walaupun ianya perkara yang baik bagi pandangan kita, semuanya betul, semuanya normal, tetapi jika kita mampu mencetuskan huru-hara, rasa tidak puas hati sesama manusia, dan boleh mencetuskan conflict yang tiada kesudahan, iri hati, benci-membenci, sebaik-baiknya kita berhenti buat seketika, bermuhasabah diri, cek balik apa kita telah lakukan, setiap ungkapan yang kita tulis secara tidak sengaja mahupun dengan yang disengajakan…pasti ada kesilapan yang kita susah nak nampak di mata sendiri.

Kalaulah Facebook yang canggih ini boleh tahu dimana saja kedudukan kita berada, dan boleh menyekat kita untuk aksesnya buat seketika, ketika tibanya masuk waktu solat, sudah pasti ramai atau banyak peratusan yang tak akan leka depan komputer sepanjang masa, secara tidak langsung mengingatkan kita bahawa telahpun masuknya waktu solat dan perlu ditunaikan dengan segera….

Setiap perkara yang manusia berjaya cipta, semuanya boleh merintis kemungkinan (macam moto TM). Register masukkan data peribadi, jantina, agama, tempat tinggal dan sebagainya. Jadikan fungsi maklumat yang diberikan itu dan tukarkan kepada satu sistem untuk diri mereka sendiri. Bila buat satu kenyataan, pastinya ada persoalan…hmmm…kalau perempuan period? tak boleh tunaikan kewajipan? Boleh buat sistem hanya melakukan reminder dan boleh akses Facebook kembali serta-merta…ini hanya sebagai contoh…. Tapi kalau benar sekalipun, tuhan tak anugerahkan kepakaran genius hebat yang cipta Facebook itu beragama Islam, jika dia Islam sekalipun belum tentu lagi boleh cipta sistem sedemikian rupa, setiap sesuatu itu pasti ada hikmah disebaliknya.

Banyak perkara yang tersurat dan tersirat di dalam hati untuk diluahkan bersama, empunya diri masih belum kenali para pembacanya dari golongan mana diperingkat awal ini… di sini, saya ingin membuat sedikit survey... saya nak tahu, you guys jadi pembaca setia di dalam sesebuah blog itu, atas sebab-sebab mengapa:

(1.) Dia kawan, kakak, abang, abah, mak, sepupu, adik ipar, kakak ipar, cucu, maklong kita

(2.) Tuan punya blog ni cantik, lawa, hensem, gagah, bijak, pandai, macho gila, orang kaya

(3.) Dia popular, public figure, model, artis, penyanyi, pelakon, pelawak, penghibur, penyampai tv/radio, smart, educated

(4.) Topic yang diketengahkan, info yang dikongsikan, maklumat isu semasa dalam atau luar negara, gosip-gosip artis, politik, sukan, photography, event, foods, night life, dunia social, community, news, barangan dan produk, servis dan perkhidmatan,  automotive, beauty, tips & tricks, boleh bagi kita traffic dan sebagainya

(5.) Sebab general information, motivation, education, self improvement, cara penulisan, ayat yang digunakan, soal agama, sains kesihatan, atau personal story yang boleh membuka mata dan minda bila membacanya

(Bagi jawapan dalam komen seperti: 1 Sahaja atau 5, 2 dan 3 sahaja - mengikut turutan yang mana dulu dan (jika ada sebab) sila berikan sebab-sebab kenapa...)

Thank you atas jawapan dan repond yang diberikan

P/S:  Senarai sebab-sebab dari no. 1 hingga 5 ini boleh di copy untuk di letakkan dalam mana-mana blog/entry/article yang you guys rasa nak gunakan jika berminat. / Ada kejutan buat komen dengan "sebab-sebab kenapa" yang paling menarik!

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

4 comments:

aremieroul said...

yang utama mesti lh no 1..sebab dia ada hubungan dengan kita..^^ bila someone tu ad hubungan dngan kita maka kita akn lebih berminat untuk membaca ceritanya..dan turut penting ialah no 4..penulisan dia..jika best dan brjya tarik orang untuk baca, maka pembaca akan setia..begitu juga sebaliknya..btw, umur saya19..^^ nice to know u..^^

Abszeen Picco said...

@aremieroul: no 4..penulisan dia..? itu nombor 5.... btw, thanks for visiting :)

Dhiya Fariza said...

nah-nah : 5,4,1,2,3 (2 dan 3 tak berapa sgt actually) mostly 5,4,1

Abszeen Picco said...

@Dhiya Fariza: hehehe...dah lg sikit hampir sama :)

Next Previous HOME

UPDATE HISTORY


! UPDATE (Wednesday, 6th July 2011) :
" you can easily visit my blogspot via this URL ( http://abszeen.co.cc ) ,
or from any mobile devices via this URL ( http://abszeen.co.cc/m ) , thank you.."

Hi!, my name Ella Koon. Click me anytime to bring you back at the top of the page.