Follow - Menu | G+1 | fb fan page | nuffnang | amung | Says.my


Monday, June 13, 2011

Happy Father's Day!

Hj. Mohd Noh Bin Mohd Tahir - "I love you Abah!"
Bersyukur tak terhingga, I still have a great father in my life. Dia seorang bapa yang sangat-sangat....... ohhh!~ .........tidak.. tak tahu nak diungkapkan dengan kata-kata.. pelbagai liku-liku susah senang kehidupan dengannya bersama, walaupun dia masih ada lagi, hatiku sebak bila bicara tentang bapaku yang terlalu banyak berjasa dalam hidpanku. Bagaimana perasaan seorang anak yang sudah tiada bapa?...maafkan aku bertanyakan soalan sebegini.


I
can’t imagine life tanpa Abah, aku sangat-sangat perlukan dia even I have chosen to be independent in my life. Dia seorang yang amat gagah merempuh arus dalam kehidupan ini. Aku perlu jadikan dia sebagai idola, hargai dia, menjaga hati dan perasaannya sementara dia masih ada. Aku jadi sebak, sebab kalau-kalau dia kecewa atau terasa dengan apa pengorbanan dan didikan yang dia telah berikan padaku masa aku kecil-kecil dulu (teringat pengalaman pahit: ulang alik hari-hari hantar pergi sekolah jauh beribu batu naik motor, hujan lebat & etc.) ...anakmu ingin meminta seribu kemaafan sekiranya tak dapat memberikan hasil seperti apa yang dimahukan... Tapi percayalah abah.. aku hargai jasamu dan didikan yang kau telah berikan sejak aku kecil dulu, sampai sekarang aku mampu mengingatinya sampai bila-bila.


Bila bicara tentang Bapa, Ayah, Abah atau Daddy dan sebagainya, pasti masing-masing tak lari dari pelbagai kisah pahit dan manis. Baik atau buruk sikap bapa kita, dia tetap bapa kita.....dia tetap darah daging kita, dia bukan malaikat yang tak pernah lari dari memungkari perintah Allah, dia bukan malaikat yang tak dapat lari dari kelalaian... dia tetap manusia biasa seperti kita yang pasti tak lari dari membuat kesalahan dan kesilapan.


Hari Bapa... Apa yang orang kita lakukan?
Father's Day is an occasion to mark and celebrate the contribution that your own father has made to your life. Kebanyakan orang akan menghantar atau memberikan kad ucapan atau hadiah kepada ayah mereka dan meraikan bersama-sama sesama keluarga. Tak kurang juga hanya menghubungi ayah mereka melalui panggilan talifon dan sebagainya kerana terlalu sibuk bekerja.. tapi apakah erti sebenar dalam menyambut hari-hari tertentu seperti hari bapa ini? takkan nak tunggu hari bapa baru nak ingat pada ayah kita? atau tunggu hari raya?... tapi at least adanya hari-hari tertentu ini, dapat la mengingatkan kita yang berada di zaman moden ini yang terlalu banyak perkara nak dilakukan, sehingga "kadang-kadang" ada yang tak sedar ...mereka telah meminggirkan seseorang yang sangat penting.....

Apa jenis perayaan atau apa jenis hari yang kita sambut sekalipun...tujuan ia dicipta untuk menghargai pengorbanan mereka. Untuk membalasnya semula, bukanlah berlumba-lumba memberikan hadiah yang paling berharga... tapi membalasnya dengan mengingati mereka, meluangkan masa bersama-sama dengan mereka dan mendoakan segala kebaikan dan kesejahteraan kepada mereka. Hadiah hanyalah sebagai imbuhan, pakej, bonus buat mereka..secara tak langsung juga, dengan hadiah tersebut boleh membuatkan mereka ingat kembali kepada kita semula.

"Selamat Hari Bapa......

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

No comments:

Next Previous HOME

UPDATE HISTORY


! UPDATE (Wednesday, 6th July 2011) :
" you can easily visit my blogspot via this URL ( http://abszeen.co.cc ) ,
or from any mobile devices via this URL ( http://abszeen.co.cc/m ) , thank you.."

Hi!, my name Ella Koon. Click me anytime to bring you back at the top of the page.