Follow - Menu | G+1 | fb fan page | nuffnang | amung | Says.my


Tuesday, June 28, 2011

Cakap tak serupa bikin

Ini cara kebanyakan orang kita bila berjanji;

Semalam janji pukul 10am, kita dah ada kat lokasi 15 minit sebelum masa yang dijanjikan, tapi dia still tak muncul-muncul lagi. Ok takper... sabar itu kan separuh daripada iman, apa kata kita rilax kejap minum-minum lepak dulu sambil menunggu... dalam hati, "apa la.. dah la lambat tak bagi tahu, tak tepati masa bila berjanji, pastu kita pulak yang kene call dia..." yelah, nak tahu dia dah sampai kat mana, boleh lah kita budget time nak buat apa sementara menunggu dia.

Ok kita call hp dia kejap.... hurmmm.....bila call, dia boleh kata jalan jem, siap bagi tau lagi 10 minit sampai. Dalam hati.. "alahhh 10 minit je, takpelah, tunggu jelah kejap, 10 minit je pun, bukan ada urusan formal, dengan kawan-kawan je pun..kadang-kadang kita juga pernah terlambat kalau buat temu janji dengan kawan-kawan lain, betul tak? itu boleh di maafkan lagi lah..

Tunggu punya tunggu... "eh ini sudah dekat 20 minit tunggu, kata tadi lagi 10 minit jer?, kita call lagi..... "ha, u kat mana tu?"..... dia jawab, "I kat jalan duta, lagi 5minit sampai!, confirm!, alah u tunggu lah kejap! sabar la okay!"... 

Wow! dah la bagitahu kita lagi 5 minit sampai, siap bagitau lokasi dia kat mana sekarang. Baru call 2 kali bunyi macam dah rasa rimas jer dia ni.. Tunggu punya tunggu, akhirnya, fuhh~ lagi 20 minit kemudian baru dia muncul... lepastu macam-macam la alasan yang dia bagi, kadang-kadang kita tak tanya apa-apa pun lagi, jumpa-jumpa, terus explain macam-macam, perlu ke?



Bosannya menunggu train ERL ni... 30 minit sekali



Haaa..... korang pernah tak rasa situasi macam ni? tak kesah la sama ada selalu ke atau jarang-jarang ke, mesti pernah rasa punya kan? kalau tak pernah tu, maksudnye korang ni la yang suka buat orang lain tertunggu-tungu kan?!! isk2... jangan macam tu!!

So, ape perasaan bila menunggu? mesti lah rase terseksa, sebab "penungguan itu adalah satu penyeksaan" bagi kita, tunggu result, tunggu barang yang dah order tapi tak sampai-sampai, tunggu orang melamar masuk minang?? heheks!~

Bagi aku, kalau kita nak buat seseorang itu menunggu kita sekalipun, at least kita la yang kena inform dia, kita call dia, kita bagitau dia dengan terang dan jelas, jangan sampai dia yang call kita. Tak kira la kawan baru ke, kawan lama ke, dia tetap punya hati dan perasaan jugak.

Kalau kita berjanji, tapi masih ada di rumah, bagitau dia dengan jujur yang  kita masih lagi di rumah, kalau tak harini, esok lusa pasti dia ketahui tahap kejujuran kita, "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga". Kalau bagi aku, kejujuran itu adalah nombor satu! ia teramat penting dalam persahabatan.

Kita semua sebenarnya boleh je jaga hati manusia lain, tapi mungkin lake of motivation atau masih tak reti nak baca hati dan perasaan orang lain. Cubalah belajar.. tunjukkan pada diri dia atau sesiapa sekalipun yang kita ni boleh menghormati atau respect masa mereka. Masa itu kan emas? dengan sesaat sahaja, kita mampu membuatkan seseorang itu benci pada kita.

Kerana hati seorang manusia itu ibarat kristal, lagi cerdik seseorang itu, maka, lagi nipis lah kristal yang berada dalam jiwanya. Kalau kita tak reti jaga, dengan sekelip mata sahaja kristal tersebut boleh pecah berderai......

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

No comments:

Next Previous HOME

UPDATE HISTORY


! UPDATE (Wednesday, 6th July 2011) :
" you can easily visit my blogspot via this URL ( http://abszeen.co.cc ) ,
or from any mobile devices via this URL ( http://abszeen.co.cc/m ) , thank you.."

Hi!, my name Ella Koon. Click me anytime to bring you back at the top of the page.