Follow - Menu | G+1 | fb fan page | nuffnang | amung | Says.my


Friday, June 3, 2011

Blog-Walking : Comparison Local & Internationl Blogger

Gambar Famous Blogger yang gagah perkasa ini sumber dari Pakcik Google


Yeke? me too...

Sepanjang 2-3 hari Picco jalan-jalan dan berlegar-legar dari satu blog ke satu blog (blog-walking).. wah!, wow! dan auw!~.... terdapat pelbagai jenis blog dan blogger yang ditemui! dari blog jenis peribadi dan blog berita terkini lagi sensasi, sampailah ke blog round the world mari! memang tabik spring la kepada semua blogger-blogger Malaysia! komuniti blogger kita sangat aktif dan sangat luas berbanding negara-negara lain tau.. Tahniah!.. Kita seolah-olah sebuah keluarga yang sangat besar dan mempunyai pelbagai individu yang punyai pelbagai ragam.. ada yang nakal, ada yang skema ada yang jadi abang long dan ade yang jadi kak long! tak lupa juga jadi ayah ibu...malah jadi sifu pun ade! haha... seronok apa  dapat kongsi pelbagai ilmu yang bermanfaat sesama blogger..

Title yang Picco cuba ketengahkan "Blog-Walking : Comparison Local & Internationl Blogger" ini bukanlah bermaksud untuk membuat perbandingan antara blogger tempatan dan blogger dari luar negara.. tapi perbandingan cara penulisan antara seseorang blogger yang mempunyai pembaca dari seluruh dunia dan seorang blogger yang mempunyai pembaca hanya dari kalangan masyarakat tempatan sahaja...


I'm in Genting Highlands - 2009
Times Square - 2007

Sebenarnya kita saja yang menentukan siapa yang bakal membaca blog kita.. Walaupun entry di dalam blog kita hanya penuh dengan cerita peribadi, tetapi kalau ianya sebuah pengulasan yang bagus dan dipenuhi dengan info tentang sesebuah tempat, makanan, lokasi tempat percutian dan peranginan, teknik kecantikan, hiburan, info kemudahan pengangkutan awam, tutorial, penggunaan sesebuah gadget dan sebagainya dengan penggunaan ayat-ayat yang mudah difahami semua bangsa... Jadi, siapa yang bakal membaca blog kita??... kita sendiri la yang menentukan sama-ada kita local blogger atau international blogger.... kalau tak percaya, buka balik semua entry-entry yang kita tulis dan sila baca semula... bagaimana perasaan ketika membaca blog sendiri? macam tu juga perasaan para pembaca kita.....


Jom Ikuti Cara Tingkatkan Populariti & Traffic Blog Dengan : Blog-Walking

Blogwalking istilah yang sangat-sangat popular di kalangan blogger Malaysia, Indonesia, dan Filipina but a rather obscure term in other parts of the world. Apekah......?? tak faham ye... haha jom kaji selidik...

Apakah Blog-Walking?
Blogwalking adalah teknik untuk meningkatkan traffic blog dengan mengunjungi blog lain dan meninggalkan tanda anda disana dengan harapan Blogger lain membalas lawatan ke blog anda kembali... Siapa yang tak teruja kalau... Blog yang kita baru buat setahun jagung, kemudian ada pelawat yang datang dan follow sambil meninggalkan komen, email, url atau kesan dan tanda (bukan parut ye).... confirm teruja punya maklumlah blog masih belum ada ramai pembaca.

Bagaimana Nak Mulakan Blog-Walking?
Bermula dengan akaun blog sendiri, korang kena login akaun blog masing-masing dulu.. 'hehe tengah ajar satu-satu ni.. kemudian buka blog orang lain kemudian baca mana-mana entry kemudian cari bahagian komen kemudian tulis ape yang patut yang relative dengan isi entry kemudian jangan lupa tinggalkan url blog korang dalam ruang komen blog tersebut...

Lepas dah tinggalkan url dalam tu, jalan-jalan cari link pelawat lain dalam blog tu untuk cari mangsa blog-walking seterusnya (bunyi macam penjenayah - blog-walking bersiri).. haha.. tapi sebelum nak tinggalkan blog tadi, cari dulu shoutbox macam chat box yang selalunya ada kat tepi-tepi blog mereka.. kalau ada. apa lagi... just say something like “Blogwalking here. Please also visit my blog back” dan sebagainya supaya hasrat anda untuk pembaca lain atau owner blog tu datang ziarah blog anda kembali.. 

Shoutbox from my blog

  ...tapi dengan meninggalkan tanda (NAMA + URL) dalam chatbox yang sangat popular macam kat sebelah ni, tak memberikan apa-apa hasil untuk enjin pencarian seperti Google ke atas blog kita...


...chatbox ni selalunya jarang digunakan oleh blogger yang benar-benar dah "fofular...."



Faedah Dari Blog-Walking : Meninggalkan Tanda Pada Ruang Komen
Selalunya kebanyakan bloggers sangat-sangat interested untuk mengetahui if people like their blogs and really appreciate your visit with your comments. Mereka cenderung untuk melawat kembali ke blog anda kerana ingin ketahui dari mana kemunculan anda atau sebagai tanda hormat sesama blogger. Either way, this will bring you some traffics, probably with some ads revenue, and improve your Alexa ranking. Because.. link yang anda tinggalkan itu, will also be picked up by search engine crawlers, yang bererti backlink tambahan ke laman web anda.



Ape Lagi Pasal Blog-Walking?
Jika selama ini anda blogwalk dan selalu terjumpa dengan beberapa posting yang menarik, tak salah anda link kan beberapa isi atau beberapa potong ayat dalam posting anda ke artikel tersebut jika berkaitan. atau dengan cara link ke blog mereka di blogroll anda, mereka akan menghargainya dan mungkin juga mereka melakukan hal yang sama terhadap blog anda.

Sebenarnya ada pelbagai cara Blog-Walking. Anda boleh melawat pelbagai blog popular dan pergi ke setiap link yang terdapat di blogroll mereka. Atau anda juga boleh mulakan dari rangkaian pertukaran blog seperti Nuffnang... Jangan lupa, increase kan traffic blog anda dengan kerjasama enjin pencarian Google, itulah cara Blog-Walking yang terbaik! kalau tak dapat nak faham, baca entry ni berulang-ulang kali sampai hafal dan sampai faham. hehehe!~

Nuffnang, a popular ads network among bloggers in Malaysia, Singapore and Philippines


"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

5 comments:

BeloG MTT said...

Nice entry babe ! :)

Abszeen Picco said...

Nice to read, Nice to comment..
After read, please share with your friends.. ;)

Anonymous said...

nice! bagus abszeen..tips yang berguna untuk newbie cam fiera..kekeke..thanks..=)

Anonymous said...

lagi satu thanks sebab masukkan blog fiera kat bloglist abszeen..terharu gile ni sampai nak nangis..kikiki..=)

Abszeen Picco said...

@fierapirot: jgn la sampai gila sudah :P

Next Previous HOME

UPDATE HISTORY


! UPDATE (Wednesday, 6th July 2011) :
" you can easily visit my blogspot via this URL ( http://abszeen.co.cc ) ,
or from any mobile devices via this URL ( http://abszeen.co.cc/m ) , thank you.."

Hi!, my name Ella Koon. Click me anytime to bring you back at the top of the page.