Follow - Menu | G+1 | fb fan page | nuffnang | amung | Says.my


Wednesday, June 29, 2011

#2 Wordless Wednesday : Value has a value only if its value is valued


"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Personal Review : Transformers Dark of The Moon



Transformers: Dark Of The Moon 

BUY TICKETS
Visit Official Website

Release Date: 29 June 2011
Language: English
Subtitle: English / Chinese 
Genre: Action / Science Fiction
Running Time: 2 Hours 32 Minutes
Director: Michael Bay
Cast: Shia LaBeouf, John Turturro, Josh Duhamel, Tyrese Gibson, Rosie Huntington-Whiteley, Patrick Dempsey, Kevin Dunn, with John Malkovich and Frances McDormand

Synopsis: Shia LaBeouf returns as Sam Witwicky in Transformers: Dark of the Moon. When a mysterious event from Earth's past erupts into the present day it threatens to bring a war to Earth so big that the Transformers alone will not be able to save us.

(Source: United International Pictures)




Aku antara orang yang terawal yang dapat tonton Transformers : Dark of The Moon ni (Tuesday 28 June - Ticket at 12am Mid Night at Berjaya Times Square!! Kira consider 29 June lah, walaupun dalam trailer tu tulis keluar 1 Julai :P) pergh!! 5 stars out of five!! but kalau nak rate 6 stars out of 5 boleh tak?? hihiks~! best gila!!, best sangat-sangat okey!! those biggest fans, fanatic & follow Transformers Movie like me!! for sure you guys will says.. "AWESOME!!" after watch it! great movies always take about 2 to 3 hours to finish!! macam filem Avatar pun lama gila kan?..

So this movie , aku memang very enjoy gila!!, mata memang tak kelip-kelip dari mula sampai ke penghujung!! I watch this movie because I think I am the biggest fans of Transformers Autobots, not because of the actress!! But if the HOT actress like Megan Fox before, maybe boleh dikatakan "its a BONUS!!"

But I don't really care about it. I enjoy this movie even without Megan Fox!! but for Michale Bay (macam la pesanan aku ni boleh sampai kat dia), tak payah tunjuk sangat pelakon yang gantikan tempat Megan Fox tu, dia terlalu HOT, for sure peminat Megan Fox rase macam jelik je dengan Heroin baru tu nanti! By the way, pandai kamu nak buat Megan Fox jealous ya Michale Bay! :P

Well... movie dah siap, ready untuk di tontonan satu dunia, and Michale Bay apa lagi! start masuk duit jer lah dia!! Sangat berbaloi spend money tonton Transformers ni dari tonton filem yang langsung takde kualiti, harga tiket sama jugak macam filem-filem biasa. Am I right? So, cepat-cepat la tonton!! Memang perfect dan bessstttttt!!!!

P/S: Sound System Terrrbaaeeekkkkkkk!!! tengok kat trailer saja pun boleh tau dah!!

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Tuesday, June 28, 2011

Cakap tak serupa bikin

Ini cara kebanyakan orang kita bila berjanji;

Semalam janji pukul 10am, kita dah ada kat lokasi 15 minit sebelum masa yang dijanjikan, tapi dia still tak muncul-muncul lagi. Ok takper... sabar itu kan separuh daripada iman, apa kata kita rilax kejap minum-minum lepak dulu sambil menunggu... dalam hati, "apa la.. dah la lambat tak bagi tahu, tak tepati masa bila berjanji, pastu kita pulak yang kene call dia..." yelah, nak tahu dia dah sampai kat mana, boleh lah kita budget time nak buat apa sementara menunggu dia.

Ok kita call hp dia kejap.... hurmmm.....bila call, dia boleh kata jalan jem, siap bagi tau lagi 10 minit sampai. Dalam hati.. "alahhh 10 minit je, takpelah, tunggu jelah kejap, 10 minit je pun, bukan ada urusan formal, dengan kawan-kawan je pun..kadang-kadang kita juga pernah terlambat kalau buat temu janji dengan kawan-kawan lain, betul tak? itu boleh di maafkan lagi lah..

Tunggu punya tunggu... "eh ini sudah dekat 20 minit tunggu, kata tadi lagi 10 minit jer?, kita call lagi..... "ha, u kat mana tu?"..... dia jawab, "I kat jalan duta, lagi 5minit sampai!, confirm!, alah u tunggu lah kejap! sabar la okay!"... 

Wow! dah la bagitahu kita lagi 5 minit sampai, siap bagitau lokasi dia kat mana sekarang. Baru call 2 kali bunyi macam dah rasa rimas jer dia ni.. Tunggu punya tunggu, akhirnya, fuhh~ lagi 20 minit kemudian baru dia muncul... lepastu macam-macam la alasan yang dia bagi, kadang-kadang kita tak tanya apa-apa pun lagi, jumpa-jumpa, terus explain macam-macam, perlu ke?



Bosannya menunggu train ERL ni... 30 minit sekali



Haaa..... korang pernah tak rasa situasi macam ni? tak kesah la sama ada selalu ke atau jarang-jarang ke, mesti pernah rasa punya kan? kalau tak pernah tu, maksudnye korang ni la yang suka buat orang lain tertunggu-tungu kan?!! isk2... jangan macam tu!!

So, ape perasaan bila menunggu? mesti lah rase terseksa, sebab "penungguan itu adalah satu penyeksaan" bagi kita, tunggu result, tunggu barang yang dah order tapi tak sampai-sampai, tunggu orang melamar masuk minang?? heheks!~

Bagi aku, kalau kita nak buat seseorang itu menunggu kita sekalipun, at least kita la yang kena inform dia, kita call dia, kita bagitau dia dengan terang dan jelas, jangan sampai dia yang call kita. Tak kira la kawan baru ke, kawan lama ke, dia tetap punya hati dan perasaan jugak.

Kalau kita berjanji, tapi masih ada di rumah, bagitau dia dengan jujur yang  kita masih lagi di rumah, kalau tak harini, esok lusa pasti dia ketahui tahap kejujuran kita, "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga". Kalau bagi aku, kejujuran itu adalah nombor satu! ia teramat penting dalam persahabatan.

Kita semua sebenarnya boleh je jaga hati manusia lain, tapi mungkin lake of motivation atau masih tak reti nak baca hati dan perasaan orang lain. Cubalah belajar.. tunjukkan pada diri dia atau sesiapa sekalipun yang kita ni boleh menghormati atau respect masa mereka. Masa itu kan emas? dengan sesaat sahaja, kita mampu membuatkan seseorang itu benci pada kita.

Kerana hati seorang manusia itu ibarat kristal, lagi cerdik seseorang itu, maka, lagi nipis lah kristal yang berada dalam jiwanya. Kalau kita tak reti jaga, dengan sekelip mata sahaja kristal tersebut boleh pecah berderai......

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Sunday, June 26, 2011

Zoom-in Gambar Untuk Blogger Blogspot Guna JQZoom





Picco gunakan JQZoom untuk zoom gambar-gambar yang terpilih di dalam blog supaya mudah untuk lihat details dalam gambar bersaiz besar, contoh gambar di atas, bila mouse berada dalam gambar tersebut, zoom akan keluar disebelah kanan gambar.


Nak try buat zoom-image macam ni dalam blog you all? boleh tak ada masalah, tak susahpun, tak perlu ada domain atau web hosting sendiri untuk upload script, blogspot biasa je macam saya pun boleh guna teknik ini.


Sebelum Picco teruskan, nih.. nak perkenalkan blogger yang bernama leyzajamil yang berani mengajukan soalan tanpa segan silu pada Picco dalam entry Beza Perodua Myvi Terbaru 2011 dengan Previous Model, berikut komen beliau dan kini ku tepati dan laksanakan janji tersebut di sini! :p...:





*yang complicated tu sebenarnya masa.... sebab tengah tak free nak ajar.. hihiks! ~ :P

Dah ready? ok sekarang ikut segala arahan-arahan di bawah ini:


STEP #1
Log in ke Blogger dan pergi terus ke Layout -> Edit HTML
then, find (CTRL+F) this code in your template (tak perlu tick ):
</head>
 
Dan immediately ABOVE/BEFORE it, paste this code:
<!--JQZOOM-STARTS-->
<script src="http://files.main.bloggerstop.net/uploads/3/0/2/5/3025338/jquery-1.3.2.min.js" type="text/javascript"></script>
<script src="http://files.main.bloggerstop.net/uploads/3/0/2/5/3025338/jquery.jqzoom1.0.1.js" type='text/javascript'></script>
<link rel="stylesheet" href="http://files.main.bloggerstop.net/uploads/3/0/2/5/3025338/jqzoom.css" type="text/css" />
<script type="text/javascript">

$(function() {
var options =
{

zoomWidth: 275,
zoomHeight: 275
}
$(".jqzoom").jqzoom(options);

var options2 =
{
zoomWidth: 275,
zoomHeight: 275,
zoomType:'reverse'
}

$(".jqzoom2").jqzoom(options2);

});
</script>
<!--JQZOOM-STOPS-HELP@-http://bloggerstop.net-->

Supaya ia kelihatan seperti ini:


STEP #2
Save your template.


STEP #3
Sekarang setiap kali anda ingin membuat kesan imej-zoom dalam imej anda, just simply add the this code:
class="jqzoom"  to your  a href  tag.



# Jika ini adalah CONTOH kod yang biasa anda gunakan untuk memaparkan imej dalam blog anda:
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
<a href="http://CONTOH.com/gambar.jpg" title="TITLE GAMBAR"><img src="http://CONTOH.com/gambar.jpg"/></a>
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


# Sekarang masukkan kod  [class="jqzoom"] ke dalam tag a href, pada setiap gambar yang hendak di zoom-in kan sahaja, seperti ini:
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
<a href="http://CONTOH.com/gambar.jpg" class="jqzoom" title="TITLE GAMBAR"><img src="http://CONTOH.com/gambar.jpg"/></a>
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Browser yang boleh support:

6+ | 2+ | 1.0+ | 2+ | 9+ |

But, please remember that, simpan backup design template:

Backup / Restore Template

untuk mengelakkan sebarang kemungkinan, kesilapan, kesalahan teknikal atau sebagainya...dan Picco tak jamin kepuasan 100% dalam menggunakannya....sekadar untuk share ilmu sahaja...

Maklumat lanjut tentang JQZoom ini,: http://www.mind-projects.it/jqzoom_v10

Selamat Mencuba!!

P/S: Kalau ada sesiapa yang nak tanya Picco apa-apa soalan yang mungkin boleh di bantu dan di kongsikan bersama, jangan sengan silu, di pelawa dan di alu-alukan terjah je terus blog Picco ni dengan komen-komen you all, kalau baca dan klik like tapi tak bagi komen, rasa macam rugi sangat-sangat sebab tak dapat kita nak berinteraksi sesama blogger, tak tahu sama ada entry yang Picco post ni bagus ke tidak ke, rasa macam news paper pulak nanti kan?.. sekurang-kurangnya ada idea baru untuk Picco update blog dengan entry baru setiap hari.. tak gitu?.. ;-)

Happy reading dan exploring blog yang tak seberapa ni....terima kasih.

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Saturday, June 25, 2011

LiveProfile is The New IM for Smartphone: Android, iPhone & BlackBerry


New IM, like BBM, but LiveProfile I think its better than WhatsApp and 100% free! Try it out by your self! download at: www.liveprofile.com/beta direct from your smartphone, and start chatting between Android, iPhone and BlackBerry smartphone! ..say good bye to boring WhatsApp! :)

Don't forget to add me, my LiveProfile PIN: LPZLJFCE

P/S: This IM is still under beta program, so I think you guys should restart your smartphone after install this apps... thanks..!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Friday, June 24, 2011

Kita baca Blog dia sebab tuannya ke sebab….


Dude! (lelaki) Babe! (perempuan) You guys! (semua sekali lah!), kalaulah semua mempunyai kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu untuk menjaga kesihatan supaya mendapat umur yang panjang dan pentingnya ilmu agama untuk diri sendiri di alam yang kekal abadi selamanya kelak, confirm! You guys dah tak pandang berat pun tentang hal dunia, tak bergaduh sana-sini, tak mengadu domba, tak ambil port langsung pasal isu-isu semasa dan hal duniawi dengan begitu serius yang pada asal-usulnya kerana ingin mengisi kekosongan di waktu lapang.

Kecuali kalau tugas kita, memang kena ambil tahu tentang hal dunia, kerana amanah yang perlu dilaksanakan, tanggung jawab sebagai pekerja, sumber rezeki atau hasil pencarian dan sebagainya, tak mengapa sebab ada kewajipan disitu.

Boleh beri sebab-sebab? kenapa tak perlu ambil kesah tentang hal dunia?

Sebab bila akal dan fikiran ini mampu berfikir sampai satu tahap yang lebih jauh, mampu berfikir yang dunia ini hanya sementara, dah tahu, usia manusia zaman sekarang susah nak capai 100 tahun, kadang-kadang nak capai umur 70 ke 80 pun begitu susah, meninggal sebab sakit tua, sakit sebab berpenyakit, walaupun dah bersusah payah menjaga kesihatan dengan macam-macam cara.

Tapi kalau hati tetap berkeras untuk melakukan sesuati atas dasar hobi, minat, trend dan sebagainya, teruskanlah…as long as kita tak buat orang lain lalai untuk melakukan tanggung jawab mereka sebagai seorang muslim, sebagai seorang isteri, sebagai seorang pemimpin dalam sebuah keluarga, sebagai seorang anak, sebagai seorang pelajar, tak menimbulkan rasa kurang senang dengan kenyataan kita bila orang membacanya, tak membuatkan orang lain berfikiran negatif mahupun boleh membuatkan perpecahan sesama manusia.

Kadang-kadang kita terpaksa berhenti dari melakukan sesuatu walaupun ianya perkara yang baik bagi pandangan kita, semuanya betul, semuanya normal, tetapi jika kita mampu mencetuskan huru-hara, rasa tidak puas hati sesama manusia, dan boleh mencetuskan conflict yang tiada kesudahan, iri hati, benci-membenci, sebaik-baiknya kita berhenti buat seketika, bermuhasabah diri, cek balik apa kita telah lakukan, setiap ungkapan yang kita tulis secara tidak sengaja mahupun dengan yang disengajakan…pasti ada kesilapan yang kita susah nak nampak di mata sendiri.

Kalaulah Facebook yang canggih ini boleh tahu dimana saja kedudukan kita berada, dan boleh menyekat kita untuk aksesnya buat seketika, ketika tibanya masuk waktu solat, sudah pasti ramai atau banyak peratusan yang tak akan leka depan komputer sepanjang masa, secara tidak langsung mengingatkan kita bahawa telahpun masuknya waktu solat dan perlu ditunaikan dengan segera….

Setiap perkara yang manusia berjaya cipta, semuanya boleh merintis kemungkinan (macam moto TM). Register masukkan data peribadi, jantina, agama, tempat tinggal dan sebagainya. Jadikan fungsi maklumat yang diberikan itu dan tukarkan kepada satu sistem untuk diri mereka sendiri. Bila buat satu kenyataan, pastinya ada persoalan…hmmm…kalau perempuan period? tak boleh tunaikan kewajipan? Boleh buat sistem hanya melakukan reminder dan boleh akses Facebook kembali serta-merta…ini hanya sebagai contoh…. Tapi kalau benar sekalipun, tuhan tak anugerahkan kepakaran genius hebat yang cipta Facebook itu beragama Islam, jika dia Islam sekalipun belum tentu lagi boleh cipta sistem sedemikian rupa, setiap sesuatu itu pasti ada hikmah disebaliknya.

Banyak perkara yang tersurat dan tersirat di dalam hati untuk diluahkan bersama, empunya diri masih belum kenali para pembacanya dari golongan mana diperingkat awal ini… di sini, saya ingin membuat sedikit survey... saya nak tahu, you guys jadi pembaca setia di dalam sesebuah blog itu, atas sebab-sebab mengapa:

(1.) Dia kawan, kakak, abang, abah, mak, sepupu, adik ipar, kakak ipar, cucu, maklong kita

(2.) Tuan punya blog ni cantik, lawa, hensem, gagah, bijak, pandai, macho gila, orang kaya

(3.) Dia popular, public figure, model, artis, penyanyi, pelakon, pelawak, penghibur, penyampai tv/radio, smart, educated

(4.) Topic yang diketengahkan, info yang dikongsikan, maklumat isu semasa dalam atau luar negara, gosip-gosip artis, politik, sukan, photography, event, foods, night life, dunia social, community, news, barangan dan produk, servis dan perkhidmatan,  automotive, beauty, tips & tricks, boleh bagi kita traffic dan sebagainya

(5.) Sebab general information, motivation, education, self improvement, cara penulisan, ayat yang digunakan, soal agama, sains kesihatan, atau personal story yang boleh membuka mata dan minda bila membacanya

(Bagi jawapan dalam komen seperti: 1 Sahaja atau 5, 2 dan 3 sahaja - mengikut turutan yang mana dulu dan (jika ada sebab) sila berikan sebab-sebab kenapa...)

Thank you atas jawapan dan repond yang diberikan

P/S:  Senarai sebab-sebab dari no. 1 hingga 5 ini boleh di copy untuk di letakkan dalam mana-mana blog/entry/article yang you guys rasa nak gunakan jika berminat. / Ada kejutan buat komen dengan "sebab-sebab kenapa" yang paling menarik!

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Thursday, June 23, 2011

Asyik2 blog dia, asal buka blog, mesti tengok blog dia

Sehari tak lawat blog dia, mesti tak sah! rasa macam ketinggalan je, rasa kosong, rasa lain macam, rasa tak lengkap, rasa macam-macam lah! rasa-rasa manis pun ade, hek herrkkks~ I'm kidding. Uhhh...not funny

Kalau buka tv tu pun mcam tu jugak, mesti ada channel kegemaran, kalau takde astro mesti pilih salah satu favorite channel, dari tv1, tv2, tv3, ntv7, 8tv sampailah ke tv9. Mesti ada satu je channel yang paling kita digemari.

Macam Picco, suka TV3 kalau pasang berita, wawancara, drama, pergh!! memang favorite, kalau drama sebab barisan pelakonnya, semua tip-top lip-lap, kalau tengok berita sebab credibility, sensasi dan terkini, kalau wawancara pula sebab host rancangan memang sebati sengan dengan wawancaranya. Masing-masing pun ada minat tersendiri dalam memilih rangkaian television masing-masing, even ibu bapa kita, marah tu kalau buka channel lain.

Kalau blog? Agak-agak blog siapa Picco buka tiap-tiap hari?

Kalau sebut je nama mesti ramai kenal punya, Picco pilih blog mengikut kategori, interest dan mood, kalau ingin tahu berita terkini tentang dunia IT & teknologi, Picco akan buka blog Amanz.my sama ada melalui laptop mahupun blackberry, sebabnya blog tersebut up2date, teramat ringan, ringkas dan auto direction yang boleh detect secara automatik sama ada kita menggunakan pelayar web dari komputer mahupun hanya dari telefon bimbit

Kalau ingin tahu tentang dunia artis, terlalu banyak di sumber yang ada di laman-laman blog, tapi tak kesemuanya sahih, biasanya Picco akan tonton di rancangan tv terus, tapi ada blog tentang dunia artist, gosip-gosip yang boleh dipercayai, mempunyai ramai pembaca dan isi kandungan dan design blog yang tidak terlalu sarat memudahkan untuk di akses berbanding blog-blog media yang lain, iaitu Budiey.com

Jika blog tentang their own personal life, journey, life style, public and general information, contest, independent content dan sebagainya, Picco memilih blog Hanis Zalikha (http://inibelogsaya.blogspot.com), blog Cik Epal (http://cikepal06.blogspot.com) dan blog Namee Roslan (http://nameeroslan.blogspot.com).

Dan jika blog tentang selok belok dalam dunia blog ini, jika Picco kebuntuan idea untuk menulis blog atau ingin belajar untuk memperkemaskan lagi tulisan dalam blog, ataupun sama ada ingin mencari isu-isu semasa tentang dunia blogging ini, pastinya blog Santai Bersama Ben Ashaari (http://www.benashaari.com) juga sebab blognya yang ringkas dan mudah untuk dicapai

Picco tak kesah tetang penggunaan ayat yang mereka semua gunakan dalam blog mereka, as long as Picco terima input, knowledge dan mesej yang mereka cuba sampaikan, banyak lagi ilmu yang kita boleh dapat dari setiap blogger-blogger mereka semua diluar sana! Yea... I really mean it, that's it.

Kadang-kadang kalau buka laptop, lepastu dah shut down, sanggup buka laptop tu balik semata-mata nak buka blog dieorg ni kalau terlupa!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday : Bila orang lelaki keluar sorang-sorang dan melakukan sesuatu

























*what is wordless wednesday?
Blogging question: What is wordless wednesday? On Wednesdays all over the
internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog.
wiki.answers.com/Q/What_is_wordless_wednesday

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Sunday, June 19, 2011

Beza Perodua Myvi Terbaru 2011 dengan Previous Model


Beberapa bahagian gambar ini menunjukkan perbezaan design antara Perodua Myvi 2011 dan Perodua Myvi yang sebelumnya. 

Just for fun!



Design dalaman Perodua Myvi yang baru ni paling.. pergghhhh!
...rasa macam dalam kapal terbang! wow!












"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Tips & Tutorial Paling Senang Dalam Dunia - Elak Dari Laman Web Disekat



Orang pakar IT kalau baca post ini, mesti kena gelak besar punyaaaaa saya, confirm! "tapi aku kesah ape nye?(pinjam skrip Jozan tiru gaya David Teo). Ramai je lagi kat luar sana tu innocent pasal Google DNS ni, betul tak? sokong la, sokong la, nanti klik like tanda sokong.


Saya dah lama gunakan Google DNS ni, banyak benefit yang saya dapat sejak gunakannya dari ia diperkenalkan pada umum beberapa tahun dulu. Masa tu komputer saya guna dial up je kalau nak sambung ke internet, memang kesian sangat, betapa slownya internet guna dial up 56kb per saat.


Bila dapat pakai broadband pulak, masih tak puas hati, kalau buka satu laman web tu, still ambil masa lama nak habiskan loading. kalau satu iklan tv tu 30 saat, ini kena tunggu sampai 3 4 iklan tv baru habis selesai loading satu page.


Bila dapat pakai streamyx pulak, masih tak puas hati kalau stream video online macam youtube, satu rumah kongsi sampai 5 - 6 orang, loading youtube pun kadang-kadang sangkut-sangkut kalau sekali serentak yang online.


Tapi dengan Google DNS ni, bukan setakat mampu bagi internet speed bertambah-tambah laju, malah disepanjang menggunakannya, saya hampir-hampir tak perasan yang ia boleh buka laman web yang telah disekat oleh servis provider! kan baru-baru ni media tempatan kita kecoh pasal pengodam, mereka tak puas hati dengan SKMM sebab cadangan untuk menyekat beberapa laman web perkongsian fail yang popular seperti:


1. http://warez-bb.org
2. http://thepiratebay.org
3. http://movie2k.to
4. http://megavideo.com
5. http://putlocker.com
6. http://depositfiles.com
7. http://duckload.com
8. http://fileserve.com
9. http://filestube.com
10. http://megaupload.com



Tapi bila saya buka kesemuanya, tak ada sebarang sekatan pulak! memang rasa agak peliklah masa tu.... bila buka dalam laptop mak, kakak, abang semuanya tak boleh, confused, confused... hmmm.... sampai la satu ketika, kawan saya si Anis Serenity ni tanya saya untuk saya buat review pasal Google DNS dan Open DNS dalam blog ni, HA!! baru saya teringat! haha laptop saya dah setting dengan Google Public DNS! itu pasal kot boleh buka semua laman web yang telah disekat tu!

Ok tanpa membuang masa, jom saya ajar cara-cara nak guna Google Public DNS ni, cuma masukkan IP Address je, tak susah pun. Ingat nambornya: 8.8.8.8 dan 8.8.4.4 je.


Cara nak masukkan IP tersebut (Windows 7):



Pergi ke - Open Network and Sharing Center






Klik pada - Change Adapter Settings






Pilih connection yang anda sedang gunakan - macam connection yang saya guna sekarang adalah Wireless Network Picco Streamyx Atheros AR5007EG. Right click dan pilih Properties.





Double Click pada Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4)






Dan masukkan Google Public IP Address itu tadi ke dalam kotak yang disediakan.

8.8.8.8
8.8.4.4


Klik ok dan siap! Tapi sebelum tu, untuk lihat hasilnya, kene Restart Network Connection sama ada Disable kemudian Enable semula connection, ataupun Log Off Windows kemudion Log On semula atau restart je terus pc korang tu! hehe..


Maklumat lanjut tentang Google Public DNS ni, boleh la ke http://code.google.com/speed/public-dns



Selamat mencuba!....
Harap dapat berikan sedikit maklum balas.. =_=!

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Saturday, June 18, 2011

MTV World Stage akan berlangsung di Malaysia Julai ini


MTV World Stage akan berlangsung di Malaysia

di i-City Shah Alam pada 24hb Julai 2011.


Dari 1 hingga 30 Jun 2011. Untuk mendapatkan pas eksklusif, anda hanya perlu jadi antara 1,000 orang pertama yang mendaftar untuk Debit Mastercard, belanja sebanyak RM30 dengan kad tersebut dan daftar melalui SMS. Dua pemegang Debit Mastercard berpeluang untuk memenangi Rock On Priceless Package termasuk menaiki limousine ke acara tersebut! Keterangan lebih lanjut di sini : mastercard.com/sea/mtv



....Fullaaamaakkkkkkk!!!! confirm saya merupakan salah seorang dari SERIBU orang pertama daftar Debit MasterCard tu sebab nak apply sekarang jugak! BUKAN CREADIT CARD okey.... It's not just a dedit card, it's an MTV World Stage Pass okey! ade banyak lagi faedah dengan kad ni, under brand MasterCard tuuu... world wide brand! So, sekarang masih tengah ada promotion, ape tunggu... pasti terbaaeeekkkkk!!....

Maklumat lanjut : http://mastercard.com/sea/personal/en/promotions/malaysia/MTV_debit.html




EVENT INFO


MTV World Stage Live In Malaysia 2011
24 July 2011
i-City, Shah Alam

MTV World Stage returns to Malaysia for the third time!

This year, MTV World Stage Live In Malaysia 2011 will be held at a new venue, i-City in Shah Alam, on 24 July 2011. The outdoor concert will feature live performances from popular international, regional and local recording artists. The first two acts announced to perform are the award-winning rock band Thirty Seconds To Mars and popular local band Pop Shuvit.

MTV World Stage Live in Malaysia 2011 will be staged in front of a live audience of about 15,000 fans. The 2-hour on-air version of MTV World Stage Live in Malaysia 2011 will premiere on MTV SEA channel on 8 August at 10pm (Indonesia), 11pm (Singapore, Hong Kong and the Philippines) and 12am (Malaysia). An hour-long version of MTV World Stage Live in Malaysia 2011 will also be broadcast globally in 154 countries reaching over 550 million households later in the year.

Visit http://worldstage.mtvasia.com for more info!


Address

i-City
CityPark, i-City 40000
Shah Alam
Selangor Darul Ehsan


For more information, head on to www.i-city.my.


 MAP



"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Antara Koleksi Video YouTube MAHARAJA LAWAK MINGGU KE 12 yang buat aku gelak sampai semput nak pecah perut!
























JOZAN

"utang  bayar la... lali lali ka!"....
....."nasib baik kasi ku duduk"
hahahahaha
Johan Ah Cai konon konon David Teo. hahahahaha























NABIL


Memang ada story, dari penjual cd cetak rompak terus jadi penjual otak otak!












Rancangan Semanis Kurma jadi MANISNYA KURMA INI
Aku sangat tak tahan lawak ni, aku gelak sampai nak pening kepala! HAhahahahahaha!!










SEPAH

Boboy baru lepas sunat :D










JAMBU



Antara semua pelawak-pelawak atas ni, aku paling suka lawak Jozan! sebab Jozan ni setiap gerak geri dia memang best gila kotttttttttt. Jozan yang paling sempoi.....dan lawak-lawak Jozan semua aku tak pernah rasa bosan. But, sesiapa yang menang next week aku tak kesah . Aku suka semua pelawak-pelawak atas ni sebab semua best dan gila-gila!! :D

Klik sini untuk full part - Video YouTube MAHARAJA LAWAK MINGGU KE 12

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Friday, June 17, 2011

Pengodam tempatan by Operation Malaysia

Sekali pandang pada gambar ni, macam pembunuh bersiri ada, macam Under Taker ada, macam Johnny Depp yang memegang watak utama cerita The Pirates of The Caribbean tu pun ada.


Masuk harini, dah hari yang ketiga media tempatan heboh pasal serangan pengodam terhadap laman web kerajaan, kalau ini bukan ancaman yang besar untuk negara, sudah tentu mesej ni dah dibuang ke dalam tong sampah Recycle Bin dari awal-awal diterimanya.

Kenyataan yang di buat di dalam buletin utama tv3 tadi, "serangan tersebut hanya dari pengodam tempatan", merupakan statement seperti 'nak sedapkan hati sendiri, seolah-olah pengodam tempatan tidak merbahaya seperti pengodam antarabangsa.

Pengodam yang bijak, seperti seorang lanun di dalam bahteranya, yang berani mengambil risiko merantau merentas lautan luas seorang diri dan sekutunya, mereka mempunyai hala tuju dan agendanya yang tersendiri.

Pengondam yang kurang bijak seperti seorang perompak yang suka menceroboh kediaman dan perniagaan orang lain, yang hanya berada disekelilingnya.


Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis pengodam, tapi banyak yang berniat baik dan berhati perut, niat mereka mengodam sesuatu, untuk mendapatkan perkhidmatan dan servis kandungan multimedia secara percuma.


Berikut mesej yang cuba disampaikan tapi tak pernah muncul dalam kaca tv :

"Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favour."

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Tak dapat tidur lena, pasal entry sampah

Memang rasa tak sedap, gelisah semacam, tidur tak lena, makan makin beriya-riya tambah berselera, baring-baring pusing kiri kanan sampai 100 kali sejam, fikir-fikir cari punca, dalam kepala bayangkan umur dah nak tambah lagi satu angka, lagi penuh beban dalam kepala. Semua sibuk hari-hari cari harta benda, ada juga kerja mencari harta pusaka. Saya manusia kerdil ni masih lagi terkebil-kebil cari arah tuju dan merenung kehidupan yang jauh lebih selesa. Macam tak kemana je kalau tak berbekalkan ilmu di dada seperti orang yang dah habis round satu Malaysia, pergi ke serata dunia dan berjumpa pelbagai manusia.

Nasiblah dunia cyber tak perlukan modal besar nak jelajah satu Malaysia, mahupun ke negara antara bangsa, tanpa passport dan visa, klik je je link terus bawa saya ke london, paris, new york, las vegas, errr... Makkah, Saudi Arabia, Madinah. Free je, walaupun tak dapat rasa situasi sebenar. Tapi kalau betul kat sana pun, still kene guna blackberry, internet, gps. Takkan nak bawa poster besar peta dunia sampai tengah bandar, tumpang bentang atas kereta orang nak cari tempat makan, uuhhh tak maju okey.

Fikir fikir fikir, lepas 5 jam post entry terakhir guna blackberry tadi, rasa macam ada yang tak kena, nak buka laptop takut melekat terus selesa sampai jam 10 pagi, cuba nak disiplinkan diri just guna blackberry. Uhhhh! sama jugak, still boleh mengadap social media kat benda alah ni. Buka blog sendiri belek-belek balik entry....diri sendiri baca semua rasa ok, yang lain baca tak tahu lah apa rasa, kecuali satu entry yang saya post ni, rasa macam part time penyampai berita. Entry pasal Cubaan Godam 41 Laman Web Kerajaan, saya sendiri baca pun macam sampah je isi.

Padan muka kena kutuk diri, kalau setakat copy dan paste dari laman web berita, baik baca sendiri dari dalam laman web tu je. Kesahihan berita pun terjamin, kalau-kalau salah teknikal ketika dalam proses copy paste macam mana? lagipun saya rasa buat semak je tulis blog macam penyampai berita dalam blog peribadi ni, terus niat nak buka laptop kemudian padam je post tu. Tapi alang-alang dah tarik trafik pasal entry tu, biarkan jela kesalahan diri buat kali pertama judge sendiri, jadi pengajaran dalam kamus fikiran saya buat selama-lamanya. Sekarang baru saya rasa lega dan selesa. Tarik ramai pembaca tapi jiwa meronta-ronta, tiada guna.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Thursday, June 16, 2011

Sah! Budak Kelantan Hack Facebook Bahasa Melayu

Nampak tak ape yang aku nampak ??

Mula-mula aku buka setting kat UberSocial for BlackBerry ni, nak try connect dengan facebook.. Baca kat kawasan nota sekuriti tu ok jer..... sekali baca yang bawah tu,

Masalah Login? "CAMNO BULIH SALOH LOGIN"

Hahahahhaa ! ! aku bantai gelak guling-guling gelak kuat-kuat sorang-sorang satu rumah (continue gelak dari tahun lepas!)

Kalau sebelum-sebelum ni aku selalu nampak :

"Masalah Login? "KENO CUBO HOK LAIN"

Bila masa pulak official facebook mobile versi Bahasa Melayu ni kecek klate ? confirm budak kelantan yang hack ! ..Hehe

Ade sape-sape boleh jawab ? nape tak bahasa jawa ke , loghat utara ke, tulisan jawi ke ? =)) нà⪠=D=)) нà⪠=D=)) нà⪠=D=)) нà⪠=D (gelak versi BBM)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Cubaan Godam 41 Laman Web Kerajaan : Tak Berjaya?



Ancaman penggodam untuk menggodam laman web kerajaan pada hari ini khamis jam 3.30 pagi tadi tidak berjaya kerana server laman web kerajaan ditutup :




Sumber dari mStar Online, myMetro dan bharian :

SKMM: 41 Laman Web Kerajaan Digodam
CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan pada Khamis bahawa terdapat percubaan untuk menggodam beberapa laman web kerajaan termasuk laman webnya, www.skmm.gov.my . "Mengenai ancaman daripada penggodam tidak dikenali untuk menggodam laman web dengan domain .gov.my , sememangnya terdapat percubaan untuk menggodam laman web kerajaan. "Serangan itu bermula kira-kira 11.30 malam pada Rabu, 15 Jun. Kami dapat mengesahkan sebanyak 51 laman web berdomain .gov.my digodam dan terdapat gangguan di pelbagai peringkat pada sekurang-kurangnya 41 laman web tersebut. "Bagaimanapun, kami menjangkakan kerja-kerja pemulihan laman web tersebut secara menyeluruh tidak mengambil masa yang lama kerana kebanyakan laman web sudah pulih daripada serangan penggodam. "Pemantauan kami mendapati serangan telah mula berkurangan pada pukul 4 pagi Khamis. Menerusi penilaian lanjutan terhadap serangan itu, kami mendapati serangan tersebut mendatangkan impak yang kecil terhadap pengguna Malaysia. "Pusat Rangkaian Keselamatan SKMM berusaha sepanjang masa untuk menangani serangan itu. Ia akan terus bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan dan pakar keselamatan malah penyedia perkhidmatan Internet (ISP) untuk memantau situasi. "Orang ramai dinasihatkan untuk melaporkan sebarang maklumat mengenai identiti penggodam tersebut kerana tindakan mereka mengganggu perkhidmatan rangkaian ialah kesalahan yang berat dan boleh dihukum di bawah undang-undangm" kata SKMM dalam satu kenyataan di sini, Khamis. Kenyataan itu menambah, serangan penggodam keatas laman web SKMM tidak berjaya. - mStar Online


Tiada kesan diceroboh
KUALA LUMPUR: Portal malaysia.gov.my tidak menunjukkan sebarang kesan pencerobohan seperti yang didakwa oleh kumpulan penggodam antarabangsa menggelarkan diri sebagai `Anonymous’ kononnya akan bertindak menggodam laman berkenaan pada jam 3.30 pagi tadi.
Sehingga jam 4.30 pagi tadi, laman berkenaan dilihat tidak mempunyai sebarang perubahan hingga menimbulkan tanda tanya sama ada Anonymous gagal atau berjaya tetapi dapat diatasi pengendali portal malaysia.gov.my.

Sebaliknya, kira-kira 30 laman web tempatan didakwa digodam oleh pihak tertentu disyaki penggodam tempatan yang terikut-ikut dengan ancaman Anonymous.

Antara web yang dikatakan digodam dengan menggantikan laman dengan nota amaran dan gangguan atau DDoS atau penafian perkhidmatan terhadap laman termasuk penang.uitm.edu.my dan tourmalaysia.com.my, manakala beberapa laman web seperti krustudios.com dan sabahtourism.com yang didakwa digodam Anonymous dan mengalami kebocoran menyebabkan ditutup oleh pengendali web masing-masing.

Pemantauan myMetro terhadap kebanyakan portal menggunakan domain .gov.my tidak dapat diakses, tetapi tidak diketahui sama ada berpunca daripada serangan DDoS atau pengendalinya bertindak menutup sementara laman berkenaan.

Ancaman godaman laman web malaysia.gov.my adalah cetusan tindak balas pengguna internet berikutan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta para penyedia internet tempatan untuk menghalang akses kepada lebih 10 halaman perkongsian fail yang popular dengan alasan perkongsian fail berhak cipta dan melanggar akta hak cipta. tempatan.

10 halaman yang terlibat adalah Warez-BB.org, ThePirateBay, Movie2k, MegaVideo, PutLocker, DepositFiles, DuckLoad, FileServe, FilesTube dan MegaUpload.
“Tindakan menyekat laman web seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks tidak boleh dimaafkan...ia sama seperti menafikan hak asasi manusia,” dakwa rakaman suara yang tersebar di laman Youtube sejak beberapa hari lalu.

Kumpulan sama dikatakan turut bertanggungjawab menggodam laman web Play Station Network, Mastercard dan Visa malah pernah menceroboh masuk laman web kerajaan seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia.

Minggu lalu Anonymous melancarkan serangan DDoS terhadap laman kerajaan Turki sehingga membawa kepada penahanan 32 suspek yang dipercayai anggota kumpulan itu.

Sementara itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pihaknya sedang bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan untuk merangka langkah keselamatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan serangan berkenaan.

“Sebelum ini laman sesawang kerajaan pernah digodam namun proses pemulihan berjaya dilaksanakan dengan kadar segera berikutan terdapat prosedur tertentu yang sudah dikenal pasti,” kata kenyataan itu. - myMetro



PUTRAJAYA: Sekurang-kurangnya 10 laman web agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pengajian Politeknik di Kementerian Pengajian Tinggi, Tourism Sabah dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah digodam penyerang siber pagi semalam, bagaimanapun berjaya dipatahkan dan dipulihkan menjelang petang. Berikutan serangan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan semua agensi kerajaan supaya bersiap sedia dan mempertingkatkan keselamatan laman web masing-masing bagi tempoh 36 jam akan datang. Amaran itu dikeluarkan berikutan ancaman sekumpulan penggodam antarabangsa menggelar diri mereka 'Anonymous', yang mahu menyerang portal kerajaan, www.malaysia.gov.my melalui 'Operation Malaysia' pada jam 3.30 pagi ini dengan alasan kerajaan mengenakan tapisan terhadap internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail. Difahamkan, laman web Tourism Sabah, UiTM Sabah dan Jabatan Pengajian Politeknik digodam pada jam 10 pagi dan kembali pulih selepas jam 3 petang semalam. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, berkata semua cubaan menggodam itu berjaya dipatahkan berikutan arahan berjaga-jaga yang dikeluarkan kepada semua agensi sejak kelmarin, selain persiapan awal yang dibuat untuk menghadapinya. "Bagaimanapun, tempoh ancaman belum berakhir, jadi kita mahu semua agensi kerajaan terus mempertingkatkan keselamatan laman web masing-masing bagi tempoh 24 hingga 36 jam ini," katanya ketika dihubungi, semalam. Ditanya sama ada kerajaan bercadang menutup semua sistem komputernya hari ini berikutan ancaman itu, Thajudeen berkata, kerajaan tidak akan mengaku kalah kepada penggodam, sebaliknya sudah mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi mereka. Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan cubaan godam yang dilakukan semalam adalah berskala kecil atau dilakukan penggodam tempatan. Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga sudah bersiap sedia menghadapi ancaman siber berkenaan serta yakin berupaya menangkis cubaan mereka. Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan semalam, berkata mereka sudah menyelaras strategi bersama semua agensi kerajaan berkaitan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. "Sebelum ini pun ada serangan siber dilakukan terhadap laman web kerajaan tetapi kita (SKMM) dapat memulihkannya dengan pantas kerana sudah ada mekanisme dan prosedur bagi menanganinya. "Bagaimanapun, SKMM akan terus berjaga-jaga terhadap sebarang ancaman siber bagi memastikan keselamatan maklumat dan rangkaian perhubungan demi integriti pelanggan di Malaysia," katanya. Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel (B) Datuk Husin Jazri, dalam satu kenyataan berasingan berkata, pihaknya memandang serius ancaman itu dan menganggap kebarangkalian ia berlaku adalah tinggi. ‘Anonymous' dikesan pegawai sebuah syarikat perisian keselamatan di Finland dan makluman mengenainya dibuat pada jam 4.42 pagi Selasa lalu. Minggu lalu, 'Anonymous' melancarkan DDoS atau 'distributed denial of service' terhadap laman web Kerajaan Turki sebagai bantahan terhadap rancangan kerajaan itu untuk memperkenalkan penapisan internet. Hujung minggu lalu pula, laman web Senat Amerika Syarikat diceroboh kumpulan penggodam Lulz Security tetapi gagal melepasi 'firewall' untuk memasuki rangkaian laman web yang lebih sensitif. Sementara itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata semua tindakan yang sewajarnya sudah diambil bagi menghalang cubaan menyerang laman web kerajaan. "Kita sudah memaklumkan perkara (serangan) ini kepada semua pihak berwajib, dan kita telah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), SKMM dan semua agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan siber," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia 2011 di sini, semalam. Rais menjelaskan Malaysia tidak pernah mengenakan sekatan internet tetapi akan mengambil tindakan terhadap mana-mana laman web yang mengandungi unsur jenayah. "Saya rasa mereka tidak faham niat baik kita. Kita tidak ada sekatan tetapi apabila berlaku jenayah siber, mekanisme itu (sekatan) akan digunakan," katanya. Beliau berkata, semua laman web yang berkenaan (disekat) boleh merayu kepada SKMM agar sekatan itu ditarik balik, bagaimanapun setakat ini suruhanjaya itu tidak menerima sebarang rayuan.

Kalau server web kerajaan tak ditutup, aku rasa dah kene godam dah ni.... =_=!
"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Wednesday, June 15, 2011

Page Scha Alyahya Dah Cecah Lebih 1 Juta dan 140 k !





Kalau Facebook Page Scha Alyahya ni dah boleh cecah 1 juta dan 140 ribu peminat...
agak-agak la kan, kalau dia boleh dapatkan RM1 dari setiap seorang yang klik Like page dia... confirm Scha Alyahya ni dapat gelaran jutawan facebook!!.. ...kalau aku dapat pinjam page dia untuk sesaat je buat marketing pun jadi la..... memang best tak terkata-kata-kata-kata-kata!




Begitu ramainya peminat Scha Alyahya! mengalahkan perdana menteri...... angka sebanyak 1,140,182 juta peminat di dalam fan page-nya semakin menghampiri peminat Tun Dr. Mahathir Mohammad iaitu sebanyak 1,290,698 juta peminat di facebook ketika entry ini ditulis! Ibarat seperti tak perlu bersusah payah round satu dunia, membangunkan negara dan sebagainya... tak perlu menjadi seorang pemimpin nombor satu negara pun boleh dapat angka peminat yang ramai sebegitu rupa!...... bukan niat nak compare, cuma nak katakan Scha Alyahya memang sangat-sangat bertuah!.....




Tapi pernahkah anda terfikir.. jika anda mempunyai ramai peminat seperti mereka? apa yang bakal anda lakukan terhadap facebook fan page anda?.......

........sampai tak dapat nak bayangkan betul tak? sebab terlalu banyak yang kita akan fikirkan, dan masih jauh lagi perjalanan untuk sampai ke destinasi tersebut....


....kalau ikut pendapat aku jika mempunyai 1 juta peminat di facebook... mungkin boleh dikatakan ianya satu cabaran yang sangat besar, dan ia sebenarnya masih lagi diperingkat awal.... kalau boleh, tak mahu mengharapkan angka tersebut dijadikan sebagai landasan untuk mencari sumber pendapatan... jika sekarang kita boleh sibuk mengira RM1 untuk setiap orang, kalau sejuta orang bermakna RM1 Juta... tapi bila tiba sampai waktu kita nanti, kita akan berfikir semula... nilai untuk menjaga hati seseorang peminat itu terlalu amat jauh lebih berat berbanding nilai RM1 Ringgit duit dalam poket mereka. Jika tersilap langkah, angka juga boleh memakan diri...



 Masih luas lagi dunia terbentang, masih banyak lagi yang kita harus terokai.....

CE TANYE SIKIT !.....

Berapa ramai pengguna internet di Malaysia?



 Nampak tak? tak nampak, klik je kat gambar nanti jadi bessaaaaaa ~

 17.5 Juta! okey.......

Itu belum lagi dicampurkan dengan negara jiran, Singapore, Indonesia, Brunei, Thailand...
..ah senang cerita satu dunia! ...ada berbilion-bilion tak terkira!

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

OTAI BLOGGER YANG BERLAGAK !

Nah! Ambik kau kene sedas!! ni aku bukan nak tunjuk perasaan dalam blog aku, bukan buat reformasi persendirian.. dan bukan juga demonstrasi jalanan untuk kutuk-mengutuk sesiapa... tapi sekadar nak mengingatkan diri aku untuk masa depan  .....manalah tahu kalau-kalau satu hari nanti ada orang betul-betul anggap aku ni otai blogger ke... aku pun tak tahu mendalam "otai blogger" tu apekah maksudnya yang tersirat..

Cuma ape yang ada dalam kamus di kepalaku, blogger yang banyak knowledge tu.. aku kategorikan dia sebagai Blogger Pro... Pakar dalam selok-belok dunia blogger.. bukan blogger yang gila trafik dan program affiliate "got paid per click" tu, tapi isinya semua macam tempoyak dan bau-bau bacang. Aku yang baru-baru nak blajar buat blog ni tiba-tiba pulak ada orang kata blogger lama, terang-terang aku tulis kat penghujung page tarikh aku bermula dengan dunia blog ni bila..

Tajuk dan entry yang aku tulis sebelum ni kan sangat sopan... berlainan sikit dengan entry ni, aku cuba lawan arus.. khas buat hari Rabu yang penuh dengat isu-isu hangat dan panas ni!.. tajuk pun kasi kencang sikit! baru balance dan flexible.. nanti kalau berterusan je tulis berbunga-bunga tak rock la, tak pasal - pasal kene cop blog mat jambu nanti lagi tak sedap bunyinya... hahaha

Kat sini, aku nak luahkan....aku agak terkilan dengan seorang otai blogger ni, susah - susah aku load page dia, spend time baca entry dia kemudian fikir beberapa minit untuk menyediakan komen-komen yang bernas dan bersahaja sebagai ingin berkongsi pendapat sesama blogger sambil nak beri tahu dia yang... ada "typo error..." dalam entry dia tu..

Selang beberapa hari bila aku buka balik entry tu, komen aku memang tak ada, tak wujud okey! tapi banyak pulak komen-komen orang lain yang entah apa-apa.... rupa-rupanya dia buat "dek" je! memang kekwat betoi la blogger macam dia ni!..

Next time aku nak cuba datang lagi, nak try komen mana-mana entry dia.. sebab yang aku tulis tu, my komen for the first time dalam blog dia... kot-kot 1st timer macam aku ni kene tapis dulu ke, kene reject dulu ke atau ada kesilapan teknikal ke... nak tekan butang button Approve komen, kot-kot dia terklik Reject ke... kita mana tahu kan? takkan dia tak boleh terima kot kalau orang kerdil dalam dunia blog macam aku ni tegur entry dia ada typo... tak gantle lah, orang semua kata "lu ni otai blogger..... oklah, tak baik salah sangka... aku cuma nak ingatkan diri aku je dengan terciptanya idea menulis entry ni, supaya aku jangan sesekali pandang sebelah mata pada setiap komen yang bakal diterima dimasa akan datang kelak!  .....woot-woOT! cool okey?..hehe

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Tuesday, June 14, 2011

Jauh di mata, Dekat di hati

Sampai wallpaper blackberry pun gambar Natasya
Walaupun tidak bertemu karena dipisahkan oleh jarak namun di hati tetap terkenang/teringat selalu.. Itulah maksud bagi pepatah "Jauh di mata, dekat di hati"...Orang lain sibuk dengan prihal dunia masing-masing, aku pula sibuk dengan perihal dunia orang lain.. "Hah? Macam mane tu? ..Tah lah aku pun tak berapa sure apa ku bilang ni... Hehe

Sekarang aku dah ada seorang anak angkat perempuan yang bernama Natasya, seperti gambar di atas. Tapi belum lagi jadi anak angkat secara rasmi. Buat waktu ini, hanya mampu menjadi bapa angkatnya dengan jarak jauh..yang bermaksud, ibu bapa kandungnya yang akan membesarkan dia....

yeahh! amacam kakak-kakak? adik rock tak?

Kalau diikutkan, aku sebenarnya tak berapa gemar dengan budak-budak...hehe..lagi-lagi budak2 yang sangat nakal, sebab aku seorang yang sangat rimas dengan budak-budak! lagi-lagi budak yang suka membuat bising sampai bingit telinga aku dengar dia menjerit-jerit.. Tapi lain lah dengan bayi-bayi yang baru lahir atau baru 2 - 3 tahun.. Haaa... yang itu takpe, buat bising macam mana sekalipun aku tak kisah.


Tapi berbeza dengan Natasya ni, naluri aku..dapat merasakan, seperti aku perlu berkongsi kasih sayang dengannya. Ape yang menarik perhatianku pada Natasya ni, dia bukan saja seorang kanak-kanak yang sangat-sangat comel dan riang, walaupun dia super hyperactive dan tak takut dengan stranger atau orang asing, aku dapat lihat setiap gerak-geri dan pergerakannya sentiasa ada input, dia sentiasa cuba menghabiskan masa walaupun setiap saat, untuk mempelajari sesuatu.. teramat-amat cerdik, daya ingatannya yang kuat dan petah bercakap, dia mampu berkomunikasi dengan orang dewasa dan kata-katanya sangat releven dan membawa maksud yang mendalam bagi kita! Pergh~ itu yang membuatkan aku rasa sangat geram dengannya.

Pandai snap gambar diri dia sendiri
Satu perkara lagi yang membuatkan aku kagum dengan dia ni....dia seorang kanak-kanak yang sangat independent, dia suka mencuba dan ingin membuat sesuatu tanpa pertolongan orang dewasa atau orang lebih besar dari dia.. Kalau bakatnya dapat digilap dan kena pada cara, dia memang bakal next generation.. the world of genius children....

Papa luv u tasya! Xoxo!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Next Previous HOME

UPDATE HISTORY


! UPDATE (Wednesday, 6th July 2011) :
" you can easily visit my blogspot via this URL ( http://abszeen.co.cc ) ,
or from any mobile devices via this URL ( http://abszeen.co.cc/m ) , thank you.."

Hi!, my name Ella Koon. Click me anytime to bring you back at the top of the page.