Follow - Menu | G+1 | fb fan page | nuffnang | amung | Says.my


Thursday, May 19, 2011

Kenapa Pilih Dunia Blog???

WoooooOps!!

Salam sejahtera kepada you all, harap tiada masalah mata.. sebab kalau sakit mata nanti tak dapat nak baca entry Picco ni. hihihiks~ ....sini ada few things Picco nak share dengan you all tentang dunia blog.... tak kira la you all tak pernah ada blog ke.. newbie ke.. beginner, expert, semi pro ataupun pro dalam ber-blogging ni, semua golongan boleh baca artikel blog budak mentah ini... ya! yang pasti kenapa mereka perlu ber-blogging ni?? Tu pun tak tau?... sebab, kalau nak ber-blog ni tak perlu ada Paper dan Ink! Hahaha! sorryyy Picco mengusik je... =_=!


Ok Picco skip semua sejarah asal-usul blog, skip info pencipta blog dan skip semua sejarah blog, sebab takde siapa nak baca pun nanti. Dah nama pun newbie lagi dalam dunia blog kan......



Entry ini lebih kepada persoalan kenapa sesetegah individu itu memerlukan blog sebagai pelengkap gaya hidup mereka dan gelagat-gelagat sesetengah penulis blog. Wah!!... kena 10x ganda careful nak buat huraian ni, silap haribulan ade pula yang tak puas hati dengan statement dalam entry ni. Tapi takpe, dalam hidup ini kita mesti berani! berani menyahut cabaran! blog Abszeen Picco ni bukan blog berat sebeleh atau blog senget<---tak tahu la kenapa penggunaan ayat senget ni sangat popular pada remaja sekarang. Apa-apa pun Picco nak minta ampun dan maaf awal-awal sekiranya ada pihak yang terasa. InsyaAllah takde ape-ape ye.




BLOGGER!! sesiapa sahaja boleh dapat gelaran tersebut dan tidak asing lagi dalam gaya hidup internet pada masa kini, tidak kira dari golongan professional, perdana menteri, pemimpin-pemimpin besar negara, kerabat diraja, pengusaha syarikat, peniaga, guru-guru dan pelajar mahupun sekecil-kecil individu... sesiapa sahaja mampu untuk menjadi seorang blogger. Tidak kira anda seorang yang hebat atau tidak... anda boleh mencipta blog mengikut kreativiti anda sendiri. Setiap individu yang aktif ber'blogger ini juga....... bla.. bla.. bla........ (boringnyer explain cara buku). "Eh! apa ni? potong betul la baru je nak tarik bantal sambil baca....


WoooOps!! kalau diri sendiri tulis pun rasa tak menarik, ini apatah lagi kalau jadi pembaca... Confirm belum habis baca lagi you all dah scroll down atas bawah nanti....



Kalau macam tu kita buat cara Tajuk dan Statement, ala-ala cara Highlight dan Explain tu... Jom! teruskan baca.........



Jom Teman Picco Kaji Selidik 5 Perkara Pasal Dunia Blog!


Ada beribu-ribu perkara pasal dunia blog, tapi Picco just nak ketengahkan hanya 5 perkara yang
kebanyakan berlaku disekeliling kita......kalau nak dihuraikan kesemuanya... Picco belum mampu lagi untuk menjadi seorang pengulas dunia blogger secara keseluruhan......



1. DESIGN BLOG

>>> Pengguna A
Masa mula-mula nak buat blog, perkara pertama yang kita tak akan lari..... adalah dari memilih layout , kemudian diikuti dengan design sehinggalah bermacam-macam gadget dan segala-gala kerja blog under construction supaya blog kita kelihatan cantik, canggih dan penuh dengan informasi berkaitan.
Pengguna B <<<
Niat mula-mula nak buat blog untuk menulis , bercerita , berkongsi info , buat diary dan segala-galanya... Lepas je dah pandai design blog, mula dah ghairah dengan design! sikit-sikit masuk itu sikit-sikit masuk ini..... invite kawan-kawan buka blog kita... nah! ambik!..blog dah macam kapal angkasa nak terbang! macam-macam ada kalah Astro! minta kawan-kawan komen, jangan tak komen!.... "psssstt!..berubah fikiran nak jadi web designer ke? atau nak meraih juara laman web paling cun or macho? hehe gud job kalau ada yang dapat! tahniah-tahniah!......

Walaubagaimanapun apa yang anda lakukan untuk design blog,  biar nampak meriah atau berhias cantik-cantik..... cuma perlu ingat, tujuan orang mengunjung ke blog kita bukan unruk melihat blog kita cantik atau tidak, tapi isi kandungan dalam blog anda! yang paling penting... jangan buat orang bosan menunggu loading blog anda yang terlalu sarat itu. Tak semua pengguna internet mempunyai komputer laju dan internet yang pantas...




2. ELEMEN GAMBAR
Betul ke kalau nak berblogging ni.. kene pandai bermain dengan elemen-elemen gambar?

Itu sudah semestinya!...... kita sendiri pun tahu bahawa sekeping gambar itu adalah lebih baik dan membawa maksud yang mendalam berbanding beribu-ribu patah perkataan..... tapi sayang sekali jika tersalah dalam penggunaan elemen gambar dan akan menyebabkan penulisan yang cantik itu pula menjadi cacat. Kualiti gambar juga harus ditekankan kerana gambar yang berkualiti tinggi memberikan gambaran yang lebih jelas dan mudah untuk difahami. Dengan kualiti gambar yang tinggi dan cantik, dapat memberi kepuasan kepada pembaca.





3. PARAS RUPA
Ada paras rupa maka barulah ramai tergila-gila sibuk jadi pembaca setia?


Bak kata Namee..

  - Credit to Name atas entry yang sangat menarik ini!


WoooOpss!! ini sangat tidak setuju....kalau kita memilih semata-mata paras rupa untuk mengikuti perkembangan sesebuah blog itu, maka kita buat kesilapan sangat besar.... memang ada orang kata "dah orangnya cantik, lagi handsome badan sasa, blog pun menarik... kira pakej lah!..", tapi bagaimana kalau bahasa yang digunakan tidak seindah paras dan rupanya? malah sangat membahayakan jika mampu mempengaruhi para pembacanya dengan kata-kata lucah, kasar dan kesat? masih lagi nak kata pakej yang berbaloi?



4. RAMAI FOLLOWERS
"Wow! tengok blog mamat ni, ramai la followers dia!....mesti blog dia menarik kan? jom follow!"

- Followers adalah merupakan salah satu gadget marketing dalam dunia blogger masa kini. Tanpa ramai followers seolah-olah seseorang blogger tersebut tiada identiti. Tapi pernahkah anda terfikir sama ada followers anda benar-benar membaca isi kandungan blog anda atau sekadar follow untuk mencari marketing di blog anda??

Mempunyai ramai followers bukan menunjukkan anda seorang blogger yang hebat, akan tetapi jika anda mempunyai ramai followers dan beberapa followers anda itu merupakan individu seorang tokoh yang hebat, iaitu ia seseorang individu dikenali ramai dan disegani?... kemudian mengikuti blog anda? maka disitu baru bererti anda benar-benar seorang blogger yang sangat hebat tanpa anda sedari.




5. UPDATE BLOG:
24/7 ATAU SEBULAN 2 - 3 KALI?
Update blog  macam update status dalam social network Facebook & Twitter.

Ada sesetengah blogger ni, semua benda dia nak tulis... ape je yang terlintas dalam kepala dia.... confirm! lagi 5 minit jap lagi muncul dalam blog dia! hahaha...... bagus sangat-sangat sebab dia teramat rajin ber'blogging. Tak kisah kat mana-mana pun...kat dapur, bilik mandi, atas jalan raya, kedai makan, shopping mall.... semua tempat dia fikir nak tulis masuk entry baru dalam blog. Sebab bagi dia, blog itu merupakan aset dan juga sumber pendapatan dia. Jadi, tak salahkan kalau ada blogger sebegitu rupa? cuma.... yang tak berapa bagusnya kalau post new entry.... terlalu cepat membawa berita tanpa kaji selidik atau tidak memikir habis-habisan apa yang sedang diperkatakan. Kalau ada salah silap, edit balik... tapi ingat, sikap tak professional kita ni boleh dibaca dengan sekali imbas sahaja.

Tapi berbeza pula dengan seorang blogger seperti ini, update memang jarang sekali.... tapi bila sekali dia post new entry, boleh buat duit macam hasil kerja sebulan! Apa rahsia dia? dalam dunia blogging ni tiada ape yang rahsia melainkan menterjermahkan identiti sendiri disamping pandai mencari peluang. Cara berbahasa dan penulisan yang sempurna adalah aset dan identiti diri yang sangat mahal dan berharga selain dari paras rupa.






 Sekian........ itu sahaja untuk entry kali ini.



"Jadi.... ape jawapan untuk Title entry ni? Kenapa Pilih Dunia Blog???
jawapannye dah terjawab dah.... you all je tak perasan!.....

"Orang lain ber'blogging sampai berjaya, kita ni pula tak kan sampai bila-bila jadi pembaca setia je?.....muahahahaha!! jangan marah ~  =_=!

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

No comments:

Next Previous HOME

UPDATE HISTORY


! UPDATE (Wednesday, 6th July 2011) :
" you can easily visit my blogspot via this URL ( http://abszeen.co.cc ) ,
or from any mobile devices via this URL ( http://abszeen.co.cc/m ) , thank you.."

Hi!, my name Ella Koon. Click me anytime to bring you back at the top of the page.