Follow - Menu | G+1 | fb fan page | nuffnang | amung | Says.my


Tuesday, May 24, 2011

Idea Menulis Blog

Sumber: Google
Perah..... perah...  perah....  

Idea...... Idea..... Idea.........

Sekali.................. Dua kali.....

Ting!!


Puuffff! ~    *hilang*.........


Arrrrgggggghhhhhhh!!!!!!! Alololo ~  kesiannya...  idea tenggelam timbul? itulah..... bila dah terjumpa idea, jangan disebut "Ting!".... lain kali sebut........ "Think!" confirm tak hilang!

Hihihiks! ~


Salam sejahtera kepada you all semua! (dah ada "all" lepastu ada "semua" pula lagi).... ada sesetengah  individu yang berhadapan dengan kekurangan idea menulis bahan bacaan untuk entry baru mereka meskipun telah sekian lama dalam dunia berblogging.... ini perkara biasa dan normal kepada sesiapa sahaja. "eh!.... "biasa" dengan "normal" tu bukan sama ker??...... yesss sama! tapi selalu je terjumpa orang tulis blog with repeated words ni di dalam "karangan" mereka, tak kurang juga sebutan dari mulut orang disekeliling kita... ini bukan typo error, tapi.. penyakit dalam masyarakat kita yang suka mengulangi ayat yang sama maksud cuma lain bahasa (Malay + English) seperti: "eh! kau cuba try baju ni", dah cuba, ada try pulak lagi!... hihihiks ~



WooOps! dah lari topik ni! Okey kita sambung balik pasal idea menulis blog.....jom ikut step by step Idea Menulis Blog dengan cara yang sangat-sangat mudah untuk difahami.




Ada 4 Perkara Asas - Idea Menulis Blog:


1. Cipta
Setiap individu mempunyai Character dan Identity yang berbeza-beza, begitu juga dengan laman blog yang anda cipta... anda harus cipta blog mengikut cita-rasa anda sendiri! maksud disini, bukan mencipta blog dengan terikut-ikut idea orang lain, tapi ikut main general yang anda ingin ketengahkan di dalam blog anda. Mungkin anda ingin mencipta blog lebih dari satu atau mempunyai banyak blog, contoh seperti: blog tentang dunia Fesyen, IT & Technology, Lifestyle dan Personal... maka anda harus pisahkan entry blog tersebut mengikut page yang berasingan dan mengikut main kategori masing-masing. Makin banyak kategori yang anda cipta, maka makin banyaklah idea diperlukan untuk menulis blog!



Sunrise Photoshot
Cyberpark at Cyberjaya '2008
2. Identiti
Untuk memiliki blog yang mempunyai pelbagai info, pengisian dan mampu menterjemahkan sesuatu maksud supaya mudah untuk difahami mengikut cara anda sendiri kepada para pembaca, bukanlah semudah A,B,C dan 1,2,3.... tapi anda harus mempunyai identiti sendiri. Identiti yang anda perlu bawa di dalam dunia blog ini adalah dengan menjadi diri anda sendiri... Jika perwatakan anda seorang happy go lucky, maka cara penulisan anda juga harus mencerminkan diri anda! Jika identiti anda telah dikenali melalui cara penulisan, anda tidak perlu takut kalau ada orang cuba kata blog anda penuh dengan ayat copy & paste!



 3. Melalui Minat
Bergantung kepada minat dan cara anda berkongsi, menulis blog haruslah seiring dengan minat dan sumber pengetahuan yang anda miliki untuk dikongsikan bersama. Sebelum menulis sesuatu, anda harus peka dengan interest yang ada pada diri sendiri. Contoh misalannya: jika anda mempunyai minat di dalam dunia fesyen dan anda tahu selok-belok segala tentang trend dan fesyen.. maka dengan menulis blog mengenai dunia fesyen, lambat-laun pasti blog anda akan dibanjiri pelawat yang mempunyai minat sama seperti anda... sama-ada individu yang baru belajar mahupun lebih expert tetang dunia fesyen.

Dari situ anda akan dapat lihat peranan dan identiti orang lain dalam blog mereka disamping anda juga dapat belajar mencari identiti diri anda sendiri.. hanya melalui minat yang sama! lihat! dengan berkongsi minat sesama mereka, idea untuk anda menulis entry blog yang seterusnya tidak akan putus... kerana hasil dari maklum balas yang anda terima dari mereka.


4. Terjemahkan
Dengan cara anda menterjemahkan atau menghuraikan isi-isi penting dari sumber blog orang lain, sedikit-sebanyak akan memberikan anda idea untuk menulis blog secara berterusan dan teratur, seolah-olah anda menjadi pengulas kepada sesebuah tajuk dan topic. Segala isi-isi dan ayat-ayat yang bakal dihuraikan pula haruslah releven dengan tajuk dan topic yang akan di highlight dengan mengikuti segala cerita, kisah dan perbicaraan yang dihuraikan di dalam entry blog tersebut.

Terjemahan dalam erti kata lain, anda juga boleh menterjemahkan dari bahasa asing ke bahasa yang anda gunakan di dalam blog anda. Sebagai contoh: anda boleh menterjemahkan blog asalnya yang berbahasa English ke dalam bahasa Melayu dan ubah suai ayat tersebut secara relevan, bukan tiru terjemah secara bulat-bulat! Selain anda dapat manfaat dari segi improve berbahasa inggeris anda, mungkin anda juga akan mempelajari beberapa perkataan baru dalam bahasa inggeris setiap hari!





Sekarang anda faham bagaimana orang lain mampu menulis blog??


Bagus! Kalau macam tu,
jom kita gabungkan 4 perkara asas di atas dari 1 hingga 4....  lihat apa hasilnya:


Cipta + Identiti + Melalui Minat & Terjemahkan  = Idea Menulis Blog



Maka itulah hasil yang bakal anda perolehi!
Nah!! Sekarang anda sudah pun mempunyai pelbagai idea untuk mula menulis blog!!


Tetapi, sekiranya anda telah usaha bermacam-macam cara dan anda masih gagal mencari idea untuk menulis blog.... tak mengapa, mungkin anda hanya mampu untuk menjadi seorang pembaca setia sahaja seperti saya suatu ketika dahulu.... kerana tak semua orang boleh buat dengan apa yang kita mampu buat, dan ape yang orang lain mampu buat tak semua kita boleh buat.......




Sekian...................
"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

4 comments:

Anonymous said...

baru buat or dah lame ade blog???selalu tengok kat fb je tak sangke pulak ade blog...=)

Anonymous said...

epy berblogging okeh...=)

Abszeen Picco said...

baru...12may haritu baru buat blog :)

Mohd Khairi said...

good info (^___^) itulah yg aku cube lakukan ..hehehe

Next Previous HOME

UPDATE HISTORY


! UPDATE (Wednesday, 6th July 2011) :
" you can easily visit my blogspot via this URL ( http://abszeen.co.cc ) ,
or from any mobile devices via this URL ( http://abszeen.co.cc/m ) , thank you.."

Hi!, my name Ella Koon. Click me anytime to bring you back at the top of the page.