Follow - Menu | G+1 | fb fan page | nuffnang | amung | Says.my


Tuesday, May 31, 2011

Entering to the world of Bloggers

Ohhhh hey hey, Salam and very a good day!

"Close Open, Close Open, Close Open... (pejam celik pejam celik versi english la)............... eh!?.... you know what? just another few days, this Abszeen Picco's blog will entering for the 4th week old! "Oh Really??.. yeaa... and this is my 2nd week I'm working at SP Models also!..... "Whoa!! times running very fast huh??.. yea.... only when people are start busy doing something in their life.........

...but if you do not doing anything, then you don't feel time running faster la Picco.....

... %#$&^$^#$@%#$#%..... .... "


The above conversation is nothing real... its between Me and Me inside my mind la.... haha! lama-lama boleh jadi gila tak.. kalau soal lepastu jawab balik sendiri dalam kepala? hihihiks!~ macam tu juga la life seorang blogger.. rasanya tak lari macam seorang penulis buku, novel dan sebagainya.


Bukan kerja mudah nak menulis dengan 100% all out mentafsirkan diri sendiri dengan setiap patah perktaaan yang tertera dalam blog masing-masing, macam mana kita bercakap kat luar dengan orang disekeliling.. macam tu juga la cara kita menulis dalam blog..yang penting tak hipokrit pada diri sendiri, itu paling seronok in blogger life!.... and the most beautiful things for me is.. I love to read what is the quality people thinking! beside that, I love to read what people thinking in different perspective, different world and different minded. That's it! So this is my statement why I'm following certain people in Blogger, Facebook and Twitter.....


People do read my blog and gave me some comments regarding the way I wrote. So far Alhamdulillah, because all of them really LIKE IT!.... thanks so much!... but its doesn't mean I feel comfortable enough or I really satisfied with what I have done, I know it's just the beginning......


"A blog without followers, readers and commentators,
it's seems like you stay alone in the dark,
with one light...."
hehe :D

Are you newbie in blogger? like me also, but you don't have to worry! for me...when someone start Like you or Love you, they don't just following, reading and commenting on your blog.... but they start sharing and talking about you.

Some people doesn't like me to write my blog entry very long, but I have no choice... my blog is showing you who I am... I'm kind of people who love to thinking and explaining..... =_=!

"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Thursday, May 26, 2011

Tahukah Anda...... Pujian Membunuh?

woohooO biar betul?
  

     Yes!!
Pujian.......
Membunuh!....

                       You know why??
 
Alright.... sebelum masuk tido, Picco nak ceritakan sikit mengikut pendapat diri sendiri.....

So, this entry I'm not gonna make research or refer to any webs, blogs, books, news paper or somewhere else. Yea I'm serious! this is not joke okey?...  I just want to share something that make sense for all of us.


RAIHAN: ALBUM - PUJI - PUJIAN
*Cover Album Raihan ini tiada kena-mengena dengan mana-mana isi kandungan entry blog ini


Kita selalu menganggap pujian itu sebagai yang terpuji, yang terbaik, terbagus, dan segala-gala yang boleh mengangkat diri seseorang supaya boleh dijadikan contoh sampai orang tu terangkat-angkat, sampailah terangkat hidung sendiri kerana rasa megah dan bangga yang tiada sudah... bila capai pada suatu level yang orang disekeliling tak mampu buat, terus dapat pujian dan terus dipuji dan dipuji.....


Sebenarnya ramai orang tak akan sedar diri bila terkena puji, maksudnya tak menyedari diri telah termakan dek puji... bukan je kembang semangkuk, dah bermangkuk-mangkuk megi kembang dalam tu.. terus dan berterusan sehingga langsung tak sedar diri bila tak perasaan yang sebenarnya sebuah pujian itu teramat-amatlah bernilai! tapi sayang...ia telahpun dianggap biasa sebab selalu mendapat pujian..... bahayanya memikul pujian! lagi-lagi pujian yang besar itu boleh menjatuhkan diri sendiri tanpa disedari!


Contoh tempias dek puji di tempat belajar: Memang seronok kalau bercerita atau mendengar kelebihan masing-masing. Ada yang cerita dia mampu buat itu dan buat ini. Mula-mula niat nak berkawan lama-lama jadi dipergunakan.. kesian sangat-sangat bila diri kita selalu di minta tolong, atas sikap rajin sangat bercerita tentang kelebihan yang kita ada... bila dah kena puji dan termakan pula dek puji....alahai terangkat terus! sampai dipergunakan? isk isk isk....


Contoh tempias dek puji di tempat kerja: Kalau baru mula bekerja atau tukar ditempat kerja baru, tak perlu la nak bercerita kelebihan yang kita ada pada rakan sekerja kat sebelah atau mana-mana pekerja lain.. mula-mula kita saja bercerita kosong tentang kelebihan kita tu... bila cerita kita dah sampai kat telinga bos, bos mana la yang tak tahu nak gunakan kelebihan yang ada pada staff dia, lepastu bos pula dah mula teringat nama kita ni mampu buat tugas itu dan tugas ini (masa interview dulu lain cerita)... sampai semua staff tahu yang kita ada satu kelebihan dan apa lagi.... kita akan dipergunakan dengan kelebihan yang kita ada lah....padan muka! seelok-eloknya jangan berasa terlalu bangga dengan kejayaan diri sendiri sampai terlalu asyik bercerita pada orang lain, bila orang dah puji terus tak terkawal, makin syok sendiri pulak dah! Boss yang bijak tak akan sesekali memuji-muji pekerjanya, lagi-lagi kejayaan itu hanya sebuah kejayaan yang kecil kerana boss yang bijak tak akan memberi semangat dengan cara memuji-muji yang keterlaluan.


Contoh tempias dek puji atas suatu pencapaian: Bila kita sampai satu tahap kita terpaksa menerima pujian akan kehebatan dan kelebihan kita tu. Masa mula-mula kita dipuji, memang kita rasa terlalu bangga dan terharu sangat-sangat. Tapi kita kena sentiasa beringat, orang yang memuji kita tu ada yang 100% ikhlas, ada yang 50-50 dan ada yang puji dengan niat udang disebalik mee goreng seafood. Sebab, jika ada orang bijak yang iri hati dengan kita, pujian mereka boleh buatkan kita leka dan terus dibuai mimpi-mimpi indah sampai kita jatuh semula.....



"Bila anda telah sampai pada sesuatu kejayaan yang membanggakan, anggaplah ia hanya satu permulaan..... teruskanlah ke destinasi berikut yang jauh lebih gah! diiringi dengan pelbagai cabaran... hargailah setiap pujian, jangan sesekali anda merasa muak mendengarnya..... jika anda terleka, maka pujian akan membunuh segala-galanya....."


Akhir sekali, segala pujian yang diterima adalah bergantung pada diri sediri..  miskipun orang yang memberikan pujian itu dengan ikhlas tanpa sebarang muslihat, tetapi jika anda merasa teramat selesa dan terus leka dengan pujian tersebut..... lambat laun pujian itu juga mampu membunuh pencapaian yang anda telah kecapi.



"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Tuesday, May 24, 2011

Idea Menulis Blog

Sumber: Google
Perah..... perah...  perah....  

Idea...... Idea..... Idea.........

Sekali.................. Dua kali.....

Ting!!


Puuffff! ~    *hilang*.........


Arrrrgggggghhhhhhh!!!!!!! Alololo ~  kesiannya...  idea tenggelam timbul? itulah..... bila dah terjumpa idea, jangan disebut "Ting!".... lain kali sebut........ "Think!" confirm tak hilang!

Hihihiks! ~


Salam sejahtera kepada you all semua! (dah ada "all" lepastu ada "semua" pula lagi).... ada sesetengah  individu yang berhadapan dengan kekurangan idea menulis bahan bacaan untuk entry baru mereka meskipun telah sekian lama dalam dunia berblogging.... ini perkara biasa dan normal kepada sesiapa sahaja. "eh!.... "biasa" dengan "normal" tu bukan sama ker??...... yesss sama! tapi selalu je terjumpa orang tulis blog with repeated words ni di dalam "karangan" mereka, tak kurang juga sebutan dari mulut orang disekeliling kita... ini bukan typo error, tapi.. penyakit dalam masyarakat kita yang suka mengulangi ayat yang sama maksud cuma lain bahasa (Malay + English) seperti: "eh! kau cuba try baju ni", dah cuba, ada try pulak lagi!... hihihiks ~



WooOps! dah lari topik ni! Okey kita sambung balik pasal idea menulis blog.....jom ikut step by step Idea Menulis Blog dengan cara yang sangat-sangat mudah untuk difahami.




Ada 4 Perkara Asas - Idea Menulis Blog:


1. Cipta
Setiap individu mempunyai Character dan Identity yang berbeza-beza, begitu juga dengan laman blog yang anda cipta... anda harus cipta blog mengikut cita-rasa anda sendiri! maksud disini, bukan mencipta blog dengan terikut-ikut idea orang lain, tapi ikut main general yang anda ingin ketengahkan di dalam blog anda. Mungkin anda ingin mencipta blog lebih dari satu atau mempunyai banyak blog, contoh seperti: blog tentang dunia Fesyen, IT & Technology, Lifestyle dan Personal... maka anda harus pisahkan entry blog tersebut mengikut page yang berasingan dan mengikut main kategori masing-masing. Makin banyak kategori yang anda cipta, maka makin banyaklah idea diperlukan untuk menulis blog!



Sunrise Photoshot
Cyberpark at Cyberjaya '2008
2. Identiti
Untuk memiliki blog yang mempunyai pelbagai info, pengisian dan mampu menterjemahkan sesuatu maksud supaya mudah untuk difahami mengikut cara anda sendiri kepada para pembaca, bukanlah semudah A,B,C dan 1,2,3.... tapi anda harus mempunyai identiti sendiri. Identiti yang anda perlu bawa di dalam dunia blog ini adalah dengan menjadi diri anda sendiri... Jika perwatakan anda seorang happy go lucky, maka cara penulisan anda juga harus mencerminkan diri anda! Jika identiti anda telah dikenali melalui cara penulisan, anda tidak perlu takut kalau ada orang cuba kata blog anda penuh dengan ayat copy & paste!



 3. Melalui Minat
Bergantung kepada minat dan cara anda berkongsi, menulis blog haruslah seiring dengan minat dan sumber pengetahuan yang anda miliki untuk dikongsikan bersama. Sebelum menulis sesuatu, anda harus peka dengan interest yang ada pada diri sendiri. Contoh misalannya: jika anda mempunyai minat di dalam dunia fesyen dan anda tahu selok-belok segala tentang trend dan fesyen.. maka dengan menulis blog mengenai dunia fesyen, lambat-laun pasti blog anda akan dibanjiri pelawat yang mempunyai minat sama seperti anda... sama-ada individu yang baru belajar mahupun lebih expert tetang dunia fesyen.

Dari situ anda akan dapat lihat peranan dan identiti orang lain dalam blog mereka disamping anda juga dapat belajar mencari identiti diri anda sendiri.. hanya melalui minat yang sama! lihat! dengan berkongsi minat sesama mereka, idea untuk anda menulis entry blog yang seterusnya tidak akan putus... kerana hasil dari maklum balas yang anda terima dari mereka.


4. Terjemahkan
Dengan cara anda menterjemahkan atau menghuraikan isi-isi penting dari sumber blog orang lain, sedikit-sebanyak akan memberikan anda idea untuk menulis blog secara berterusan dan teratur, seolah-olah anda menjadi pengulas kepada sesebuah tajuk dan topic. Segala isi-isi dan ayat-ayat yang bakal dihuraikan pula haruslah releven dengan tajuk dan topic yang akan di highlight dengan mengikuti segala cerita, kisah dan perbicaraan yang dihuraikan di dalam entry blog tersebut.

Terjemahan dalam erti kata lain, anda juga boleh menterjemahkan dari bahasa asing ke bahasa yang anda gunakan di dalam blog anda. Sebagai contoh: anda boleh menterjemahkan blog asalnya yang berbahasa English ke dalam bahasa Melayu dan ubah suai ayat tersebut secara relevan, bukan tiru terjemah secara bulat-bulat! Selain anda dapat manfaat dari segi improve berbahasa inggeris anda, mungkin anda juga akan mempelajari beberapa perkataan baru dalam bahasa inggeris setiap hari!





Sekarang anda faham bagaimana orang lain mampu menulis blog??


Bagus! Kalau macam tu,
jom kita gabungkan 4 perkara asas di atas dari 1 hingga 4....  lihat apa hasilnya:


Cipta + Identiti + Melalui Minat & Terjemahkan  = Idea Menulis Blog



Maka itulah hasil yang bakal anda perolehi!
Nah!! Sekarang anda sudah pun mempunyai pelbagai idea untuk mula menulis blog!!


Tetapi, sekiranya anda telah usaha bermacam-macam cara dan anda masih gagal mencari idea untuk menulis blog.... tak mengapa, mungkin anda hanya mampu untuk menjadi seorang pembaca setia sahaja seperti saya suatu ketika dahulu.... kerana tak semua orang boleh buat dengan apa yang kita mampu buat, dan ape yang orang lain mampu buat tak semua kita boleh buat.......




Sekian...................
"Like this post ? Click LIKE !
..and start SHARING now !



Leave a Reply

Next Previous HOME

UPDATE HISTORY


! UPDATE (Wednesday, 6th July 2011) :
" you can easily visit my blogspot via this URL ( http://abszeen.co.cc ) ,
or from any mobile devices via this URL ( http://abszeen.co.cc/m ) , thank you.."

Hi!, my name Ella Koon. Click me anytime to bring you back at the top of the page.